Sunday, March 30, 2014

HIDUP UMNO ATAU HIDUP AKU...????

Sayup-sayup Terdengar laungan HIDUP UMNO..!!!HIDUP UMNO..!!!HIDUP UMNO..!!! dari sebuah dewan sekolah...kalau di teliti betul-betul ada laungan yang benar-benar ikhlas... HIDUP UMNO..!!!HIDUP UMNO..!!!HIDUP UMNO..!!!. laungan dari bahagian bawah dewan iaitu laungan ahli bawahan yang memang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama, bangsa dan negara..

tapi jika difokuskan betul-betul koklea dan  saraf auditori, seolah-olah ada ada laungan... HIDUP AKU..!!! HIDUP AKU..!!! HIDUP AKU..!!!...dari bahagian atas pentas...iaitu laungan golongan yang memperjuangkan kehidupan mereka sendiri berbanding bagaimana rakyat nak hidup..!!!

Sebab itulah mereka menolak ketepi permasalahan rakyat..bagi mereka cukuplah dengan sumbangan RM50 bila sesekali berjumpa orang Melayu. Masalah peluang pekerjaan..kesempitan hidup akibat kenaikan harga barangan..masalah perumahan yang semakin meruncing..Melayu penyokong mereka di halau oleh Cina DAP..dihalau oleh Cina kroni mereka langsung tiada tempat di hati mereka..

Rayuan..memorandum..surat sokongan mohon bantuan, pertolongan disampaikan kepada pegawai kiri..pegawai kanan..pegawai atas ..pegawai bawah...hanya sekadar melepaskan batuk ditangga...tiada sebarang tindak balas...mungkin sampai kepada MB..mungkin tersangkut di tangga pejabat MB, dah dibakulsampahkan atau dah pun berada dalam lori sampah Majlis Bandaraya Alort Setar. Ada yang beri alasan .." diluar bidang kuasa kita".."politik tak boleh mencampuri urusan pentadbiran kerajaan".."kita tak ada kuasa penentu"

Habis tu buat apa kita Melayu beri kuasa kepada pemimpin Melayu untuk berkuasa kalau tidak ada kuasa..!!! Politik adalah kuasa tertinggi mengatasi segala kuasa lain di dalam sesebuah pentadbiran dan sebab tulah hangpa nak jadi ahli politik. Tapi bila ada "masyuk" poket sendiri, boleh pula kuasa politik mengatasi segalanya..!!!

Tak ada kedengaran  langsung perancangan untuk membina rumah-rumah pangsa untuk pengundi Melayu penyokong tegar UMNO yang akan dihalau dari tanah-tanah Cina atau wujudkan sebarang perancangan untuk memberi peluang-peluang pekerjaan kepada pemuda-pemuda poster bertujuan untuk mengekalkan kekuatan pemuda bagi menghadapi PRU14 nanti..

Bila tiba masanya PRU14 nanti ..mereka-mereka inilah turun salam..peluk cium..mohon bantuan orang Melayu.."tolong bantu naa...".."kita bekerja keras demi kemenangan UMNO dan BN"..."Insyaallah kita akan pastikan kemenangan milik kita".. "Kita akan pastikan Melayu terus menerajui pemerintahan negara ini"

PRU demi PRU..Melayu yang tiada rumah terus merempat...yang tiada pekerjaan terus bangsat...HIDUP MELAYU..!!!HIDUP MELAYU..!!! HIDUP MELAYU...!!!siapa yang HIDUP akhirnya...?????


No comments:

Post a Comment