Friday, September 16, 2011

AMINULRASYID HERO, JADI KOPERAL JENAIN PENJENAYAH?????

Sungguh tidak adil dunia ini, sepatutnya yang dihadapkan ke mahkamah dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak ialah AMINULRASYID tetapi dia bernasib baik kerana mati dan undang-undang negara ini pula takutkan SALAKAN PEMBANGKANG...jadi yang perlu masuk penjara ialah sesiapa yang menguatkuasakan undang-undang seperti KOPERAL JENAIN. 

Kepada ibu AMINULRASYID, anak puan mati atas sebab kecuaian puan dan kegagalan puan mendidik AMINULRASYID jadi janganlah salahkan pihak polis. Tidak ada budak baik berumur 14 tahun yang keluar berkeliaran tengah-tengah malam dengan memandu kereta tanpa lesen. Habis tu keluarga KOPERAL JENAIN siapa pula nak bela....kena saman AMINULRASYID kat dalam kubur tu ke!!!

Kepada pihak polis terutama yang menjaga kawasan kediaman yang melibatkan ahli-ahli politik pembangkang ini, berpada-padalah sewaktu bertugas...jangan sampai tertembak penjenayah yang nak merompak rumah mereka kerana polis pulak yang akan di dakwa nanti kerana menembak penjenayah tersebut!!!!

‘Bersihkan nama arwah’


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SHAH ALAM: “Apabila saya terkenangkan Aminulrasyid, saya akan pandang pokok dirempuh kereta dipandunya pada masa kejadian.
“Kalau terlalu sedih dan rindu, saya akan pergi ke tempat dia selalu kunjungi. Kedai mamak dia selalu melepak dan padang di tempat dia main bola sepak,” kata Norsiah Mohamad, 62, ketika ditemui di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Ibu tunggal itu dilihat mengalirkan air mata sebaik Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Koperal Jenain Subi, 49, yang didapati bersalah menyebabkan kematian anak bongsunya, Aminulrasyid Amzah, 15, jam 1.10 pagi, 26 April tahun lalu.

Mangsa maut akibat luka akibat tembakan di kepala dalam kejadian berhampiran simpang jalan memasuki rumahnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini. Norsiah berkata, keluarganya berasa lega dengan keputusan mahkamah sekali gus membuktikan anaknya bukanlah penjenayah seperti didakwa sesetengah pihak. Katanya, meskipun akur dengan ketentuan Allah, naluri keibuannya sering kali terusik apabila teringatkan arwah yang meninggal dunia lebih setahun lalu. “Apabila singgah di padang melihat budak sebaya arwah bermain. Macam terbayang-bayang anak saya yang menyepak bola.
“Kalau ada kawan Aminulrasyid bermain atau berlari akan datang dan bertanya, ‘Auntie rindu Aminul?’ sebelum mereka berbual dengan saya,” katanya.

Menurutnya, zikir dan doa kini menjadi peneman setia sebagai penenang jiwa terutama apabila merindui kenangan bersama Aminulrasyid.

“Apabila saya amalkan zikir, hati saya tenang. Sekarang ini, saya sibukkan diri dengan cucu saya untuk melupakan kesedihan dan kerinduan.

“Tetapi apabila anak saya, Tuty Shahniza Anom, 37, membawa cucu saya pulang, saya mula teringatkan arwah,” katanya.

Menyentuh peribadi Aminulrasyid, Norsiah berkata, arwah paling rapat dengannya memandangkan anaknya yang lain sudah besar..
“Dia seorang anak yang baik, suka bermain bola sepak dan ragbi,” katanya.

Wanita itu juga sempat menunjukkan tiga keping gambar Aminulrasyid yang disimpan dalam dompetnya dan dibawa ke mana-mana pada setiap masa sebagai pelepas rindu.

“Gambar ini diambil di sekolah arwah beberapa hari sebelum dia meninggal dunia,” katanya. Sementara itu, pada sidang media selepas prosiding semalam, Norsiah meminta nama anaknya dibersihkan dan tidak dikaitkan sebagai penjenayah. “Tolong bersihkan nama anak saya, itu saja. Dia bukan penjenayah, itu saja yang saya pinta,” katanya. Manakala bapa saudara Aminulrasyid, Kamaruddin Arshad berkata, keluarga mereka menghormati keputusan mahkamah tetapi berbincang sama ada mengambil sebarang tindakan susulan keputusan itu. “Kami bersyukur kerana kematian Aminulrasyid terbela akhirnya,” katanya. Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani berkata, pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan semalam.

8 comments:

  1. mak bapak jenis apa biar anak umor 14 pandu kereta tengah malam.
    anak aku pandai..megah dengan jiran2 aku kerana anak aku hebat orangnya.
    siapa pembunuh sebenar?polis atau mak bapak dan juga pemilik kereta tersebut.
    kepada koperal jenain..anda menjadi mangsa sebenarnya.
    bagi aku...kalau simangkok ayun tu tak keluar malam dan pandu kereta tanpa lesen kejadian ini tidak akan berlaku.
    koperal jenain bersalah kerana menembak dan menyebabkan kematian dalam masa bertugas..
    bagaimana pula mak bapak budak tersebut..pemilik kenderaan yang dipandu budak itu macamnana..
    bukankah mereka punca utama kejadian tersebut berlaku.

    ReplyDelete
  2. buat laporan pada mak aminurrashid pulak... sebagai penjaga yang cuai.. membiarkan anak yang takdak lesen bawak kereta.... mak dia hilang anak... tapi lagi sedih anak koperal jenain kehilangan bapak.....

    ReplyDelete
  3. Kerajaan harus menggubal suatu undang2 di mana tuan punya kenderaan adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas kenderaannya.
    Jika berlaku sebarang perlanggaran undang2 spt mana yg telah dilakukan oleh Aminulrasyid, ibu bapanya yg mesti dihadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan atas kematian anak mereka kerana cuai sehingga membenarkan anak mereka yg tak berlesen memandu kereta.
    Sekarang ini ramai ibubapa yg memanjakan anak2 mereka yg membenarkan anak2 mereka yg tidak berlesen membawa kereta dan motorsikal. Pemandu spt ini adalah membahayakan orang lain. Tanpa berlesen, kenderaan itu tak ada lindungan insuran. Jika berlaku kemalangan, pihak yg kena langgar tidak dapat apa2 pampasan insuran. Jadi ini adalah sangat zalim.
    Dgn itu tuan punya kenderaan mestilah dihadapkan ke mahkamah dan bertanggungjawab utk membayar pampasan dan masuk penjara di atas sikap tidak bertanggungjawabnya.
    Koperal Jenain tidak melakukan apa2 kesalahan. Dia bukannya terus telah menembak. Bahkan dia telah mengejar mangsa yg tidak mahu berhenti tetapi terus memecut kerana takut tiada lesen memandu.
    Mana Koperal nak tahu bahawa si mangsa itu bukan seorang penjenayah yg merbahaya yg mungkin sedang membawa senjata atau pun dadah atau pun baru telah melakukan sesuatu jenayah berat spt merompak, merogol atau pun membunuh.
    Saya tetap mengatakan bahawa Koperal Jenain adalah hero dan Aminulrasyid serta ibubapanya adalah penjenayah!

    ReplyDelete
  4. apa nak heran.. ISA, akta pencegahan jenayah pun da mansuh...yg gembira taukey judi, bapak ayam, along, taukey vcd dan sewaktu dgn nya,,mereka sokong Najib tp UNDI lum tentu BN dapat...Kini boleh lah bapak ayam yg larikan diri balik ke malaysia sebab undang2 pengecahan da mansuh...Polis kau baut keja apa pun rakyat akan benci sebab kerajaan kini sokong apa pembangkan cadangkan.. DEB akan di mansuhkan, subsidi juga sama..Pakatan desak sikit Najib bebal akan sokong...Perlukah kita sokong Kerajaan.. tak payah tibai mat sabu...950 repot polis dibuat apa Polis leh buat siasat.. tuduh jangan harap.. mampuslah BN...Be END

    ReplyDelete
  5. hisham..punca kes ini ialah kecuaian keluarga dia...patut heret sama mak dia masuk lokap!!!

    ReplyDelete
  6. Ahmad Kadri Junoh..betul tu..hilang anak yg jahat sepatutnya syukurlah...sekurang2nya tak pyh dok maki hamun budak tu dah...dah cukup 40 kali mak dia sumpah kot...itu yg mati kena tembak!!

    ReplyDelete
  7. Mohd...saya setuju keluarga AMINULRASID adalah penjenayah sebenarnya, punca insiden. PDRM boleh ambil tindakan atas kecuaian ibu bapa! Jangan biar, Koperal Jenain harus dibela!

    ReplyDelete
  8. juburjubur..kita tunggu tengok pengganti ISA...itulah nanti yg akan tentukan siapa PM PRU13 nanti!!!

    ReplyDelete