Gerenti terkedu TOK GURU NIK AZIZ bila tau TUN MAHATHIR kata macam ni kat dia...ha...tunggu apa lagi buatlah HUDUD tu!!!
TANJUNG MALIM 21Sept. — Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Menteri
Besar, Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di
negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana
menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu
melaksanaannya.
“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi
la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak
bagi…ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak
dapat laksana hukum hudud,” katanya ketika diminta mengulas hasrat Pas
untuk melaksanakan hudud di negeri itu.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menyampaikan
syarahan perdana Za”ba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di
sini hari ini.
Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am Pas, dilaporkan pernah berkata
individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada
melaksanakan hukum hudud adalah Dr. Mahathir dan bukan pengerusi DAP
Karpal Singh.
Dr. Mahathir turut menempelak kerajaan Kelantan yang disifatkannya
sebagai beriya-iya untuk mengamalkan undang-undang Islam tetapi pada
masa sama gagal mengawal penduduk Kelantan sehingga menjadi negeri
paling tinggi mencatat kadar jangkitan HIV untuk tempoh dua tahun sejak
2008. — Bernama
No comments:
Post a Comment