Ayat tu macam tak puas hati saja
22 September 2011
BAJET 2012: NAJIB KAJI BONUS LUMAYAN ATAU NAIK GAJI SEKTOR AWAM
Malaysia Insider
Oleh Jahabar Sadiq
Editor
Oleh Jahabar Sadiq
Editor
September 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.
Langkah
itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad
Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.
Ketika
itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam
sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100
peratus.
“Najib
sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir
tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet
menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.
Bulan
lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran
minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi
bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Perdana
Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas
ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan
membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan
kerajaan kos RM2 bilion.
Kakitangan
awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN)
tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008
meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.
Najib
berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan
beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang
termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis
lalu.
“Perdana
Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan
mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata
satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.
Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.
No comments:
Post a Comment