Friday, September 16, 2011

ISA : BODOHNYA BLOGGER DAN PENYOKONG KERAJAAN !!!!

Baru pakat-pakat sedar, betapa bodohnya bermati-matian mempertahankan ISA....kononnya ISA adalah kebaikan untuk semua sebab itulah kerajaan BN masih mengekalkan ISA..Singapura masih mengekalkan ISA, AMERIKA pun selepas peristiwa 9/11 pun tiru ISA guna nama AKTA PATRIOT....bertekaklah...jenuh maki hamun dalam BLOG masing-masing pertahankan ISA...jenuh dok terang kebaikan ISA  kat kawan-kawan, orang kampung, orang tua, orang muda, jantan betina sampai berbuih mulut!!!!Tengok INDONESIA yang tak ada ISA....BOM SANA...BOM SINI...MATI SANA....MATI SINI....maukah kita jadi macam INDONESIA!!!!

Pakat-pakatlah letak kat dalam BLOG masing-masing
Pakat-pakat membodohkan diri sokong ISA
tanpa angin, tak dak ribut...Najib umum dengan disambut sorak-sorai gembira pak-pak menteri...ISA DIMANSUHKAN!!!!....


puak-puak DAP pakat-pakat dok gelak....depa menang!!!!

Tapi baguih juga ISA dimansuhkan....tulislah apapun...tak boleh kena ISA!!!!!




PM umum pemansuhan ISA



Najib Tun Razak bersama jemaah menteri mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Perutusan Khas Sempena Hari Malaysia di Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Hafiz Johari



KUALA LUMPUR 15 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Berucap dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung di RTM malam ini, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.
“Pokoknya, akta-akta itu nanti bermatlamatkan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa saya mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa ISA akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,’’ kata Perdana Menteri.
Najib berkata, melalui undang-undang baru itu kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.
“Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
“Undang-undang baru ini juga akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah,’’ ujarnya
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.
Di dalam ucapannya itu beliau berkata, kerajaan turut memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
“Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang berkaitan keganasan,’’ katanya lagi.
Beliau menambah, kerajaan juga tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak relevan.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia dibatalkan,’’ katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan,
Namun katanya, kebenaran berhimpun diberikan selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.



4 comments:

  1. Siapakah yg menentang dan takut kpd ISA?
    Sudah tentulah mereka yg begitu gemar utk menabur fitnah dan bertindak mengancam keselamatan negara.
    Sebenarnya ISA melindungi rakyat jelata dari anasir2 jahat spt ini yg ada dlm negara ini.
    Tindakan Najib ini tidak mendahulukan rakyat tetapi memberi ruang yg lebih luas kpd anasir2 jahat yg selalunya berada dlm parti2 pembangkang spt PAS, PKR dan terutamanya DAP.
    Rakyat jelata sudah tentu tidak akan berasa selamat bila Najib memansuhkan ISA. Ini akan memberi kesan yg negatif kpd BN di PRU13 nanti.
    Inilah akibatnya apabila Bajib mendengar nasihat2 sumbang dpd penasihat2 yg ada di sekelilingnya yg sebenarnya adalah gunting dlm lipatan.
    Najib sendiri tidak akan kalah di Pekan, Pahang. Sebab dia dlm diam2 telah membawa masuk beribu2 orang Melayu dari Kedah, diberi tanah dan diberi pembangunan infrastruktur di kawasan Nenasi. Mereka ini akan memberi sokongan undi yg kuat utk Najib kekal sbg MP. Tetapi apakah Najib hanya akan jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13?
    Nampaknya Najib sudah menggali kubur utk BN. Maka betullah Teori R.A.H.M.A.N yg mengatakan Najib akan jadi PM yg terakhir bagi Malaysia.
    Bila Pakatan Rakyat sudah berkuasa, Perlembagaan akan dipinda. Malaysia akan dijadikan sebuah Republik dgn sistem raja-raja dihapuskan yg dgn sendirinya akan menghapuskan kuasa politik kaum Melayu. Jadilah The Republic of Malaysia spt The Republic of Singapore. Kaum Melayu yg bodoh dan yg mudah lupa akan mengemis di tanah air sendiri!
    Nauzubillah ........

    ReplyDelete
  2. Mohd...kita akan bertambah sakit telinga dan sakit hati!!!!

    ReplyDelete
  3. "WAR GAME" Bee end dah nampak terowong gelap kerana banyak akar umbi kurang yakin dengan mente PM yang kuat tidur.Awal awal masuhkan ISA supaya senang memberontak bila jadi pembankang nanti (PRU13).Strategi kafir harbi Dapig mengena pandai meperkudakan dua parti melayu PAS +PKR yang kuat makan otak udang.Pelacur bangsa di zaman IT.

    ReplyDelete
  4. hangkedee...tak dapat dinafikan DAP sedang mendabik dada!

    ReplyDelete