Tuesday, September 20, 2011

KAMU TAK BERSALAH....ALLAH MAHA MENGETAHUI...

JKKKPKSS menyokong penuh usaha Koperal Jenain menuntut keadilan untuk diri beliau. Koperal Jenain tidak sepatutnya dihukum kerana melaksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan sekali!Jangan lupa heret keluarga Aminulrasyid yang tidak bertanggungjawab itu ke mahkamah!




Jenain fail rayuan ketepi hukuman

SHAH ALAM 19 Sept. - Anggota polis, Koperal Jenain Subi yang dihukum penjara lima tahun bagi kesalahan menyebabkan kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, hari ini memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman tersebut.
Permohonan itu difailkan dua peguamnya, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd. Hilmi di Kaunter Pendaftaran Jenayah, Kompleks Mahkamah di sini, pada 12.45 tengah hari ini.
Jenain yang tidak terus menjalani hukuman selepas permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara tersebut dibenarkan hadir semasa rayuan berkenaan difailkan.
Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar turut memfailkan rayuan pada hari ini kerana tidak berpuas hati dengan hukuman tersebut.
Pada 15 September lalu, Jenain dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid yang ditembak di kepala pada April tahun lalu.
Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

No comments:

Post a Comment