Friday, September 23, 2011

SYABAS KERAJAAN PERAK...

Miss BIKINI Pangkor di arah batal!!!inilah yang kita harapkan daripada setiap ketua kerajaan BN...cepat bertindak terutama melibatkan perkara-perkara yang boleh dijadikan isu oleh puak Pembangkang. Tidak kiralah ianya anjuran siapa pun tetapi selagi di bawah pentadbiran kerajaan yang diterajui orang ISLAM maka wajiblah kita mencegahnya! Kita nak berdepan dengan puak pembangkangpun senang!!




http://peraktoday.com/wp/?p=31345

Arah batal Miss Bikini

IPOH – Kerajaan Negeri meminta Pangkor Island Beach Resort membatalkan pertandingan Miss Bikini yang dijadiakn sebagai salah satu acara dalam program ‘Full Moon Beach Party’ pada 7 dan 8 Oktober depan, kerana tidak bersesuaian serta melanggar syarat penganjuran pertandingan.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, penganjuran pertandingan berkenaan oleh pihak Pangkor Island Beach Resort tanpa pengetahuan Kerajaan Negeri.
“Saya juga telah memeriksa dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai pertandingan ini, tapi tiada sebarang permohonan diterima dari penganjur.
“Dalam masa sama, saya juga telah berhubung dengan Pegawai Daerah supaya memaklumkan kepada penganjur menghentikan penganjuran pertandingan berkenaan serta membatalkan tiket-tiket yang telah dijual,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengambil keputusan sebulat suara tidak membenarkan penganjuran pertandingan dibuat.
Semalam, pihak pengurusan hotel berkenaan menjelaskan perkara tersebut melalui satu kenyataan bertulis dengan menyatakan Miss Bikini Hawaii adalah logo bagi acara tersebut dan ia tidak melibatkan sebarang pertandingan atau persaingan.
Acara tersebut juga adalah promosi prapelancaran produk ‘beachwear’ dari dua syarikat pereka fesyen terkenal serta mempunyai beberapa kedai di Malaysia dan pernah mendapat liputan beberapa majalah fesyen.
Menurut kenyataan itu lagi, model terlibat adalah peragawati, peragawan profesional dari luar negara dan ia merupakan sebahagian daripada program Full Moon Beach Party.
Acara sama turut dianjurkan pada tahun 2010 dengan mendapat liputan media tempatan serta menerima komen baik.
Menurutnya, pihak penganjur tidak berniat untuk menyinggung perasaan atau menyentuh sensitiviti budaya Malaysia serta penganjuran itu adalah bagi mempromosikan Pulau Pangkor dan menarik lebih ramai pengunjung ke pulau ini.
Pangkor Island Beach Resort terkenal sebagai ‘family friendly resort’ dengan persekitaran yang bersih dan sihat serta mengamalkan sikap sopan, menghormati budaya, agama berlainan bangsa, begitu juga acara ini akan diadakan berlandaskan garis panduan ditetapkan.
Pihak hotel dan syarikat pengurusan acara bersedia memberi kerjasama serta akan mematuhi syarat ditetapkan Kerajaan Negeri.

No comments:

Post a Comment