Sunday, September 25, 2011

BRO...INIKAH BAS 1MALAYSIA...????

Inikah BAS 1Malaysia yang dinaiki oleh Dato Seri Najib untuk mendekati rakyat PERAK ????Apa-apapun...siapa yang 'lepas' gambar ni memang BODOH...sebab itulah kadang-kadang puak pembangkang kata 1Malaysia kena bohong! Ini bukan BAS RAKYAT bro...ini BAS ANAK RAJA ARAB!!!!Pemimpin BN TIDAK CUKUP BIJAK MENIPU RAKYAT! Slogan saja gempaq!!! demi RAKYAT!!!!Kadang-kadang kita perlu berpura-pura dan bermuka-muka biarpun kita mampu menaiki BAS BERSALUT EMAS sekalipun! Dalam hal ini JKKKPKSS memuji ANWAR IBRAHIM sebab dia cukup bijak MENIPU RAKYAT!!!!

Bas Rakyat



Perdana Menteri naik bas dekati rakyat


NAJIB Tun Razak melaungkan slogan 1Malaysia semasa berucap pada majlis perasmian Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang, Perak, semalam. - MINGGUAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR


IPOH 24 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memperkenalkan pendekatan baru dalam siri lawatan turun padang mendekati rakyat dengan menaiki bas bersama ahli-ahli rombongan.
Mengakui sangat teruja dengan pengalaman baru itu, Najib berkata, pendekatan tersebut akan digunakan pada siri lawatan akan datang.
''Saya rasa seronok sebab dalam bas ini dia punya suasana itu cukup mesra, riang dan serba santai. Tak rasa letih dan dalam perjalanan banyak yang kita boleh bincang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini hari ini.
Menurut Perdana Menteri, pendekatan baru itu juga dapat membawa pemimpin lebih dekat di hati rakyat.
''Apa mesejnya apabila kita naik bas? Mesejnya ialah kita hendak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dengan rakyat, bahawa kita mempunyai kedudukan yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain," katanya.
Dalam siri program turun padang ke Perak hari ini, Najib yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menaiki bas sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) ke Taman Soon Choon bagi menghadiri majlis Sepagi Bersama Perdana Menteri.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan berjumlah RM800,000 bagi penubuhan Pusat Anak Permata Negara Gopeng; pembinaan Sekolah Agama Rakyat Sungai Rokam (RM2.1 juta) pembinaan Masjid Al-Hidayah (RM2.2 juta) dan pembangunan perkampungan Orang Asli di Gopeng sebanyak RM5 juta.
Beliau kemudiannya meneruskan siri jelajah ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mambang Diawan, Kampar bagi menyertai majlis bual bicara bersama masyarakat.
Dengan berpakaian kasual dalam suasana santai, Najib meluangkan masa kira-kira 45 minit di majlis itu dan sempat menjawab beberapa soalan termasuk berkaitan aktiviti harian, tanggungjawab sebagai pemimpin sehinggalah kepada jenis bahan bacaan kegemarannya yang diutarakan penduduk setempat.
Pada majlis sama, Najib menyampaikan sumbangan berjumlah RM103,000 kepada tiga sekolah di daerah Kampar selain menyampaikan bantuan berjumlah RM1.5 juta bagi memperbaiki sistem perparitan di daerah itu.
Meneruskan lawatannya, rombongan yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli itu singgah di pekan Tanjung Tualang bagi merasmikan Karnival 1Malaysia.
Perdana Menteri dan rombongan kemudiannya menghadiri majlis perkahwinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Ahmad Fariz Hassani Hassan di Sekolah Kebangsaan Changkat Tin sebelum meneruskan lawatannya ke Sungai Siput pada sebelah petang.
Di Sungai Siput, Perdana Menteri melancarkan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli anjuran 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) di Kampung Orang Asli Bawong sebelum melawat pameran Klinik Bergerak 1Malaysia dan program khidmat masyarakat Yayasan Felda.
Beliau kemudiannya bertolak ke perkampungan masyarakat Orang Asli di Kampung Lasah bagi menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri sebelum mengakhiri lawatan kerjanya di negeri ini dengan melawat tapak projek baik pulih Rumah Nadi Kasih 1Malaysia di perkampungan tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

No comments:

Post a Comment