Monday, September 12, 2011

SIAPA YANG BERKUASA....

Rakyat memberikan kuasa mereka kepada Kerajaan BN melalui undi sewaktu pilihanraya umum. Dengan kuasa itulah Kerajaan BN memerintah dan mentadbir negara ini. Apabila sesuatu pihak dapat memerintah dan mentadbir negara maka jelaslah itulah entiti yang paling berkuasa di sesebuah negara. Tidak ada pihak lain yang lebih tinggi yang layak untuk membuat dan menentukan sebarang keputusan terutama apabila melibatkan HAK RAKYAT!

Itulah apa yang difahami oleh rakyat maka sebab itulah rakyat tidak pelik dengan  kelakuan politikus yang sanggup mengenepikan soal HALAL HARAM, FITNAH dan DUSTA demi untuk mengejar kedudukan dalam POLITIK!

Tetapi peliknya di MALAYSIA ada pihak yang lebih tinggi kuasanya daripada kerajaan yang memerintah. Jika sebelum ini ASTRO dengan sewenang-wenangnya mengumumkan kenaikan harga perkhidmatannya. Dan ASTRO tetap menaikkan bayaran walaupun telah diberi AMARAN MAHAKERAS oleh menteri berkaitan. Sehingga kini tidak ada sebarang reaksi dari menteri berkaitan!!!!

Terbaru syarikat-syarikat  telekomunikasi bakal menurut contoh ASTRO dengan mengenakan caj 6% kepada pelanggan para-bayar mereka. Dan RAKYAT lagi HAIRAN dengan keuntungan setiap TELCO menjangkau BILLION RINGGIT setiap tahun,  mereka tetap mahu telan setiap sen duit rakyat selagi ada ruang!

Terbaru, walaupun pengusaha-pengusaha TELCO terbabit bersetuju untuk menangguhkan perlaksanaan caj tersebut untuk kajian dan berunding dengan kerajaan, tetapi rakyat yakin bahawa syarikat-syarikat TELCO terbabit tetap akan meneruskan hasrat mereka, mungkin juga tanpa memaklumkan KERAJAAN sepertimana yang dilakukan oleh ASTRO kerana mereka tahu KERAJAAN TIDAK ADA KUASA!!!!!

Syarikat TELCO tetap SYARIKAT TELCO biar siapapun yang memerintah tetapi KERAJAAN BARISAN NASIONAL dah tak mahu MEMERINTAHKAH!!!!



Cukai 6 peratus caj telefon prabayar ditangguh - Rais

12/09/2011 2:09pm

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Pelaksanaan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar ditangguhkan sehingga kajian mengenainya selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah beliau mengadakan pertemuan bersama beberapa syarikat telekomunikasi di sini hari ini.
Menurutnya, kajian berhubung caj tersebut akan dilakukan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat komunikasi terlibat. - Utusan

No comments:

Post a Comment