POLIS-POLIS BUKIT KEPUNG adalah 'BARUA KITA SEMUA'. Mereka menggadai nyawa mempertahankan agama, bangsa dan negara demi untuk membolehkan MAT SABU menjadi TIMBALAN PRESIDEN PAS, menjadi BARUA DAP dan apa yang kita ada sekarang ini!!!!
Ikuti wawancara Wartawan Berita Minggu, SYUHADA CHOO ABDULLAH
mendapatkan ulasan daripada pemerhati politik dan tokoh sejarawan
negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim untuk mengupas polemik
berkenaan
BH: APA pendapat Tan Sri mengenai kenyataan kontroversi
Mat Sabu dan boleh Tan Sri huraikan berdasarkan hakikat sejarah, apa
matlamat sebenar komunis, muslihat serta tindakan untuk mencapai
matlamat mereka.
TSKKK: Berdasarkan dakwaan itu, saya pasti Mat
Sabu tidak faham apakah perjuangan komunis. Parti Komunis Malaya (PKM)
ditubuhkan atas arahan Komunis Antarabangsa (Soviet Union). Apa yang
diharapkan oleh Komunis Antarabangsa? Berdasarkan sejarah, pihak komunis
waktu itu berpecah dua.
Satu terikat kepada Parti Komunis China
dan satu kepada Komunis Antarabangsa. Komunis Antarabangsa mahu
mewujudkan Orde Komunis Dunia, maka seluruh dunia harus menerima
ideologi komunis. Komunis Antarabangsa juga berpegang kepada slogan
‘Workers of the World Unite’ mahu dunia diperintah oleh pekerja.
Bagi
Komunis Antarabangsa, yang dimaksudkan pekerja ialah golongan marhain,
iaitu pada dasarnya pekerja dalam industri, tidak termasuk petani. Waktu
itu di negara ini, istilah marhain belum digunakan.
Mat Sabu
juga mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Almarhum Tunku Abdul
Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka pegawai
British.
Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan
Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara
rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan, iaitu di bawah
perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja. Kehadiran
British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja setiap kerajaan.
Pegawai
British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada Raja.
Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah
kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai ‘Tanah
Jajahan Mahkota British.’ Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat
dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di
kerajaan Melayu dikenali sebagai ‘High Commissioner’ (Pesuruhjaya
Tinggi).
Gabenor Hugh Clifford dalam ucapannya kepada Majlis
Persekutuan pada Januari 1949 mengatakan apabila beliau merujuk kepada
kerajaan Melayu: ‘They were, they are and they must remain Malay states.
These states were when our cooperation in government was first invited
Mohamedan monarchies. And such they are today. We have neither the right
nor the desire to vary the system of government”.
Dalam
undang-undang memang ada dua keadaan, satu ‘de jure’ (selaras dengan
undang-undang) dan satu lagi ‘de facto’ (apa sebenarnya berlaku atau
boleh juga dikatakan melanggar undang-undang). Datuk Onn mula-mula
bekerja dengan kerajaan Johor dan Tunku dengan kerajaan Kedah. Mereka
bekerja di negeri yang dianggap Negeri Melayu Tidak Bersekutu, iaitu
Raja masih ada banyak autonomi.
Selepas perang, mula-mula Datuk
Onn kemudian Tunku diterima oleh British sebagai presiden UMNO yang
diakui British sebagai parti politik orang Melayu (iaitu mereka yang
dianggap ‘rakyat Raja’). Oleh sebab orang Melayu menentang Malayan
Union, British tidak melaksanakan Malayan Union. British selanjutnya
berunding dengan Raja-Raja juga UMNO untuk menentukan sistem lebih
sesuai.
Akibatnya pada Februari 1948, Persekutuan Tanah Melayu
diwujudkan. Pihak British sejak 1943 sudah membuat keputusan menubuhkan
Tanah Melayu sebagai negara bangsa, tetapi butirannya belum jelas.
Selanjutnya British cuba mencari sistem paling sesuai kerana ada ramai
bukan Melayu yang sudah lama tinggal di Tanah Melayu, mula menganggap
Tanah Melayu negara mereka. Sejak 1949 apabila Jawatankuasa Hubungan
Antara Kaum ditubuhkan, British cuba mencari jalan menyatupadukan
penduduk Tanah Melayu, tapi penduduk negara ini lebih suka duduk secara
berasingan. British tidak mengamalkan dasar ‘pecah perintah’.
Apabila
Datuk Onn berundur daripada UMNO, British tidak lagi menganggap beliau
wakil orang Melayu. Tunku mengambil tempat Datuk Onn, kemudian Tunku dan
Parti Perikatan dianggap wakil rakyat Tanah Melayu kerana menang (51-1
undi) pada pilihan raya persekutuan 1955.
BH : Bagaimana pula
dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
seperti dilaporkan sebuah portal berita online (www.malaysiakini.com.my)
bahawa sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis,
tujuan, motif dan situasi suatu peristiwa adalah berlainan dari satu era
ke satu era.
TSKKK : Dalam sejarah, yang terpenting ialah
menentukan apakah hakikatnya. Siapa wira siapa pengkhianat kadang-kadang
susah ditentukan kerana banyak bergantung kepada siapa yang menulis
sejarah. Bagi ahli sejarah profesional, yang penting ialah menjawab
soalan ‘apa sudah terjadi?’ Ini hanya dapat dijawab kalau dia dapat
maklumat yang boleh dipertanggungjawabkan.
Dalam kes Mat Indera,
yang penting ialah apakah niat komunis? Kalau British dianggap penjajah,
selepas British diusir apa akan terjadi kepada Tanah Melayu? Apakah
perjuangan Komunis Antarabangsa? Mat Sabu perlu menjawab soalan-soalan
seperti yang saya sebutkan. Bukan semua tulisan sejarah diputarbelitkan.
Mereka yang menulis berasaskan penyelidikan dan sesudah mendapat
latihan akademik biasanya tidak berbuat demikian. Mereka yang
terpengaruh oleh ideologi, sudah tentu tidak dapat menulis dengan tidak
berat sebelah kerana bagi mereka, hanya ideologi mereka yang dapat
dianggap betul. Maka apabila ada tulisan sejarah, pembaca harus juga
mengetahui latar belakang ahli sejarah untuk menentukan dia memang
seorang yang tidak berat sebelah.
Semakin ramai pemimpin dan
penyokong pembangkang mendesak tafsiran baru dibuat terhadap sejarah
negara. Adakah Tan Sri melihat timbul sebarang keperluan untuk menilai,
menyusun dan menulis semula sejarah.
Ramai yang minta supaya
sejarah Malaysia ditulis kembali pun sebenarnya kurang faham mengenai
sejarah Malaysia kerana mereka kurang membuat penyelidikan. Kritikan
saya sendiri mengenai buku Sejarah sekolah yang ada sekarang ialah
konsep sejarah hanya tertumpu kepada politik, padahal sejarah meliputi
segala yang pernah wujud atau berlaku sebelum sekarang. Misalnya dalam
sejarah Malaysia di sekolah, perkara seperti ketibaan percetakan,
ketibaan teknologi, pembinaan infrastruktur, proses pembandaran,
hubungan dengan negara luar, kegawatan ekonomi dan langkah diambil untuk
mengatasinya dan sebagainya tidak dibincangkan.
Bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga memaklumkan beliau difahamkan kini
ada anasir mengajar kanak-kanak di sekolah bahawa Allahyarham Tunku
Abdul Rahman ialah pengkhianat bangsa. Bagaimana Tan Sri melihat perkara
ini, terutama dari segi kesan atau risiko jangka panjang sekiranya
perkara itu tidak dibendung.
Saya tidak pernah membaca buku
sekolah yang mengatakan Tunku adalah pengkhianat bangsa. Kalau ada,
bagaimanakah kenyataan itu dapat dipertanggungjawabkan? Sejarah yang
berasaskan fakta memang dapat disampaikan kalau dikehendaki oleh rakyat
yang sepatutnya memahami bahawa mulai 31 Ogos 1957, Raja sudah pindahkan
kedaulatan (sovereignity) kepada rakyat. Kini Malaysia (dulu Tanah
Melayu) memang mengamalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi ialah
‘government of the people, by the people, for the people’. Pihak
pemerintah mesti sentiasa patuh kepada rakyat.
BH : Apa penilaian
dan perasaan Tan Sri sebagai ilmuwan dan sejarawan terhadap tindakan
pemimpin pembangkang mengheret fakta sejarah dalam permainan atau
provokasi politik sehingga boleh mengelirukan generasi muda. Apa
tindakan perlu diambil terhadap pihak yang cuba memesongkan pemahaman
dan penghayatan rakyat terhadap sejarah.
TSKKK : Dalam politik,
bukan saja di negara ini, memang selalu ada ahli politik yang cuba
mendapat sokongan pengundi dengan jalan yang berbagai-bagai. Kalau
pengundi kurang berpengetahuan, mereka akan berjaya. Hanya ada satu cara
untuk menjamin agar ini tidak berlaku. Golongan muda mesti diberi
pendidikan yang boleh menjamin mereka dapat menerima sesuatu dengan
sikap kritis. Nasihat saya kepada rakyat, setiap kali ada orang membuat
kenyataan mengenai sejarah, tanya dia dari mana dia dapat maklumat.
http://novandri.blogspot.com/2011/09/kantoi-kenyataan-pakar-sejarah-yang.html
No comments:
Post a Comment