Monday, October 27, 2014

GANYANG..!!!!ANAK MELAYU LAGI ....!!!!

 Gerakan GANYANG mungkin diilhamkan dari konfrantasi Malaysia-Indonesia yang menyaksikan Indonesia cuba memerangi Malaysia dengan Slogan "Ganyang Malaysia". jadi Gerakan GANYANG ini bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.
Pengasasnya seorang Cina.
Agak-agak siapa pula yang sanggup meninggalkan bilik kuliah bagi hadir menjahanamkan diri sendiri nanti...??


Mahasiswa Pro-Pembangkang Tak Peduli Undang-Undang UM

KUALA LUMPUR – Gerakan Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) berdegil mahu menghadiri perogram bertajuk “40 Tahun: Dari Universiti Malaya Ke Penjara” di Dataran Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya (UM) di sini pada Isnin ini meskipun program itu dilarang pengurusan universiti berkenaan.

Pengasas Ganyang, Adrian Lim Chee En menegaskan, ahlinya yang terdiri daripada 20 persatuan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara akan menghadiri program tersebut kerana program berkenaan tidak menyalahi undang-undang negara.

“Penganjuran program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara” bukan satu jenayah. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang rakyat Malaysia. Haknya sama seperti setiap Rakyat Malaysia yang lain.

“Jika orang awam dibenarkan keluar masuk daripada UM, apatah lagi seorang alumni UM (Anwar),” dakwanya dalam satu kenyataan semalam.

Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Datuk Rohana Yusof semalam berkata, pihaknya melarang penganjuran program terbabit kerana ia melanggar peraturan universiti.

Program itu juga mencemarkan imej dan memberi pandangan negatif terhadap universiti berkenaan justeru tidak mendapat mendapat kebenaran rasmi pentadbiran UM.

Chee En dalam pada itu kesal kerana UM mahu mengenakan tindakan disiplin ke atas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol kerana menganjurkan program berkenaan.

“Apa salahnya Fahmi melindungi hak Anwar sebagai seorang alumni UM?. Mengapa Anwar dilihat sebagai musuh nombor satu UM dari kaca mata pihak pengurusan UM,” dakwanya. 

SUMBER





1 comment: