Monday, October 13, 2014

TAK MAKAN SINDIAQ PUNYA..!!!


Kaum ni mana makan sindiran..jebuh berbuih mulutlah menyindir..mau kasi ajaran saja.. kita buat terus!!!!
nak undi atau tak mau undi tu lu punya pasal!!!
apa nak dijaga hati kaum dedali yang kurang ajar ni..!!!!


BILA NAJIB SINDIR KAUM CINA SOKONG PEMBANGKANG TAPI TUNTUTAN KEPADA BN

on Monday, October 13, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Sindiran Najib di Perhimpunan Agong MCA kelmarin ada makna  & seolah-olah satu  isyarat  ...

Bukan saja kepada MCA tetap juga kepada kaum CINA di negara  ...

Mereka  menuntut macam-macam untuk kepentingan  kaum mereka seperti pinjaman kepada PKS di perhimpunan ini tetapi sokongan bila PRU kepada pembangkang terutama DAP & PKR di bandar.

GPB puji ketegasan PM dalam tangani   tuntutan kaum Cina ini kerana hasrat mereka menumbangkan BN di PRU13 berkubur tetapi bila mahu tuntutan ,  baru datang merayu kepada kerajaan .





Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara tidak langsung menyentuh sepintas lalu gejala ini dalam ucapan beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur Ahad.
Beliau menegaskan BN memerlukan sokongan lebih dari kaum Cina dan mereka tidak seharusnya menuntut dari BN tetapi menyokong Pakatan pula.

"Saya menyokong pelan transformasi MCA. Walaupun cuma ada dua pemimpin MCA dalam kabinet - yang itu bukan salah saya - mereka memainkan peranan dalam komuniti Cina.

"Oleh sebab itu apabila Datuk Seri Liow Tiong Lai (Presiden MCA) dan Datuk Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA) minta, saya bagi. Saya cuba berlaku adil. Tetapi mungkin satu hari nanti saya boleh beri lebih. Tetapi saya perlukan orang Cina berikan lebih juga.

"Anda kenalah sokong BN. Anda tidak boleh menuntut dari BN tetapi menyokong Pakatan Pembangkang," katanya.

Najib dalam ucapannya juga berpesan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu supaya menghentikan sebarang persengketaan yang kebelakangan ini menyelubungi parti itu.

"MCA janganlah bergaduh sesama sendiri. Cukuplah. Kalau asyik gaduh orang fed-up macam Pakatan di Selangor. Cukuplah. Saya pun susah. Nak pilih calon pun susah. Mereka kata orang ini ini adalah calom terbaik sebab dia menyokong saya.

"Sebagai pengerusi BN saya tal kenal setiap pemimpin. Calon DUN pun saya tak kenal setiap orang. Kemukakanlah calon terbaik.

"Kalau ada Team A, B dan C saya jadi keliru. Saya susah dan timbalan pengerusi BN pun susah.

"Masa depan MCA bergantung kepada perpaduan. Betul tak? Kalau kita dok bergaduh sesama kita orang akan fed-up macam Pakatan bergaduh di Selangor. Orang dah bosan.

"Jadi kita bersatulah. MCA kena bersatu dan kita bersama-sama jadi kuat. MCA kena ada halatuju. Ini penting sebab selama ini apabila bergaduh, parti hilang arah," katanya.

Najib berkata daripada maklum balas diterimanya dari kaum Cina bahawa MCA telah hilang arah.

Walau bagaimanapun Najib berkata beliau yakin di bawah kepimpinan baharu, MCA telah menemui arah itu dan sehubungan itu beliau akan menyokong pimpinan MCA yang sedia ada.

Mengenai isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Perdana Menteri berkata MCA tidak perlu risau sebab ia termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Najib cuma berpesan supaya SJKC belajar Bahasa Kebangsaan dengan baik.

"Jangan guna Lu Gua lagi. Ikut macam Presiden MCA yang bertutur dengan fasih dalam Bahasa Kebangsaan," katanya.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM50juta untuk Koperasi Jayadiri MCA (KOJADI). Katanya KOJADI akan menjadi ejen bagi pihak kerajaan untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (PKS).

KOJADI adalah koperasi Cina yang pertama dipilih oleh Kerajaan untuk melaksanakan program Transformasi Kerajaan termasuk TUKAR dan ATOM.

KOJADI mempunyai track record cemerlang dan di antara hampir 11,000 koperasi di seluruh negara, KOJADI tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik. 

SUMBER

No comments:

Post a Comment