Perayaan Deepavali sepatutnya digunakan untuk mengeratkan perpaduan kaum sebagaimana ucapan sempenan perayaan Deepavali oleh Perdana Menteri DS najib Razak sebaliknya cina komunis DAP Perayaan Deepavali pun nak dipolitikkan oleh cina bangsat ni. Akta Hasutan pun dihasut agar dimansuhkan..!!! Lihatlah bagaimana beraninya cina bangsat DAP ini...
Jadikan Deepavali cahaya menentang tekanan, rasuah, kata DAP
Published: 18 October 2014
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng seru sambutan Deepavali dijadikan 'tugas suci' menentang rasuah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Oktober, 2014.Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyeru agar sambutan Deepavali yang akan disambut penganut Hindu pada Rabu depan dijadikan 'tugas suci' untuk menentang budaya rasuah dan tekanan dalam pentadbiran kerajaan.
Lim dalam kenyataannya sempena sambutan pesta cahaya itu turut memuji kumpulan Islam sederhana yang membantah kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang menyeru umat Islam membakar Bible berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan Allah.
Ahli Parlimen Bagan itu berkata, DAP menyuarakan penghargaan kepada kumpulan Islam sederhana atas sokongan mereka dan mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berhubung keengganan Jabatan Peguam Negara menghukum Ibrahim disebabkan beliau mempertahankan Islam dan selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Lim berkata, penyokong kepada "jurutera sosiopolitik" ini adalah kerajaan pemerintah, namun mereka menyebarkan ideologi berbahaya yang mengancam kepelbagaian kaum dan agama di negara ini.
"Justifikasi Ibrahim mempertahankan Islam adalah bercanggah dengan konsep Islam yang melarang umatnya membakar kitab-kitab suci agama lain," katanya.
Katanya, ancaman terhadap komuniti bukan Islam dan bukan Melayu tidak seharusnya menjadi masa depan rakyat Malaysia.
"Dengan berbuat demikian, kesalahan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa akan diketepikan.
"Apa guna melantik bekas Presiden Transparency International Datuk Paul Low untuk membasmi rasuah ketika Malaysia menjadi salah satu negara yang paling tinggi kadar rasuahnya menyaksikan jumlah keluar wang haram yang tinggi," katanya, merujuk kepada menteri di jabatan perdana itu.
Beliau berkata, sekiranya kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpinnya berjaya mengekang kegiatan salah guna kuasa dan rasuah serta ketelusan pentadbiran, mengapa Putrajaya gagal berbuat demikian.
"Kegagalan Putrajaya menjawab persoalan itu menyebabkan mereka bergantung kepada jurutera sosiopolitik yang memberikan perhatian kepada emosi etnik dan kebencian agama bagi mengelakkan isu sebenar.
"Atas sebab ini, pemimpin yang gagal akan menggunakan undang-undang pencegahan bukan kepada pesalah, sebaliknya mereka menyuarakan bantahan terhadap ketidakadilan.
"Deepavali seharusnya mengingatkan kita terhadap tugas suci bagi menyinari cahaya terhadap kegelapan tekanan dan rasuah,” katanya. – 18 Oktober, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jadikan-deepavali-cahaya-menentang-tekanan-rasuah-kata-dap#sthash.NGtGChWl.dpuf
No comments:
Post a Comment