Tuesday, October 28, 2014

APA MASALAHNYA KALAU ANWAR MASUK PENJARA!!!!

Cuba penyokong PR biar Anwar Ibrahim masuk penjara dengan aman.. cuba kehidupan tanpa Anwar Ibrahim..!!! Mungkin rasa lebih tenteram dan damai tanpa demonstrasi..tanpa ceramah bingit setiap malam...Ini Kalilah!!!!

HOT! Penyokong Anwar Bertindak Liar Rempuh Pintu Masuk UM





Penyokong Anwar Bertindak Liar Rempuh Pintu Masuk UM

Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berdegil mahu menyertai pidato Ketua Pembangkang itu di Universiti Malaya (UM) mula bertindak liar apabila merempuh pintu masuk dan pagar keselamatan universiti tersebut walaupun ianya telah dikunci oleh pihak keselamatan pada sekitar jam 9:20 malam ini.

Anwar kemudiannya kelihatan tiba di UM bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut kelihatan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk anak sulungnya, Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Akin.

Difahamkan, kesemua peserta yang meningkat kepada 300 orang dipercayai kebanyakannya merupakan 'orang luar UM'.

Manakala pelajar UM telah berkumpul di perkarangan dewan Tunku Canselor dan Panggung Eksperimen universiti berkenaan.


SUMBER


No comments:

Post a Comment