JKKKKSS sokong SJKC dimansuhkan
SJKC: MCA gesa Mohamed Azli disiasat
KUALA LUMPUR 5 Okt.- Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamed Azli Mohemed Saad yang mencadangkan supaya Perhimpunan Agung UMNO pada November ini membincangkan sama ada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) perlu diterus atau dimansuhkan.
"Beliau (Mohamed Azli) tidak hanya mencabar hak hakiki warganegara ini untuk belajar bahasa ibunda masing-masing, malah turut mempersoalkan hak pendidikan komuniti Cina. Tindakan beliau itu boleh mengakibatkan ketegangan antara kaum," katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan Astro Awani hari ini.
Lian Ker berkata, cadangan yang dinyatakan Mohamed Azli adalah bercanggah dengan Perlembagaan negara dan dasar yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional (BN).
Dalam kenyataan itu, beliau turut mengingatkan Mohamed Azli terhadap insiden melibatkan seorang Ahli Parlimen UMNO dari Sabah, Mark Koding yang disiasat kerana menghasut dan menyokong cadangan untuk memansuhkan SJKC dan Sekolah Tamil sekitar Oktober 1978.
"Hak sesuatu kaum untuk mengajar dan mempelajari bahasa ibunda mereka tidak boleh dinafikan. Sekolah rendah jenis kebangsaan adalah sebahagian daripada konteks pendidikan perdana juga tidak boleh dinafikan," katanya.
Lian Ker yang juga Pengerusi Biro Harmony agama MCA, adalah menjadi polisi BN sejak sejak kermerdekaan lagi untuk mempertahankan hak semua rakyat Malaysia untuk mepelajari bahasa ibunda masing-masing. Dan jika Mohamed Azli tidak bersetuju dengan perkara ini, beliau dialu-alukan untuk keluar parti," tambahnya.
Mohamed Azli dalam kenyataannya membuat gesaan supaya kedudukan SJKC dibahaskan kerana ramai berpendapat sekolah itu sekarang diperalat oleh pembangkang untuk menabur sentimen perkauman dan antikerajaan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20141006/po_03/SJKC-MCA-gesa-Mohamed-Azli-disiasat#ixzz3FJclX7Tf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pada PRU 14 nanti, rakyat pro-BN diminta jangan beri undi kepada MCA dan Gerakan kerana mereka merupakan musuh dalam selimut yang bersekongkol dengan DAP untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu/Islam negara ini.
ReplyDeleteHidup ISMA! Hidup Perkasa! sebab pemimpin UMNO dah semakin lembik untuk mempertahankan hak orang Melayu/Islam negara ini.
tolong benarkan mereka belajar bahasa ibunda mereka di sekolah kebangsaan. sama2 satu bumbung..belajar bersama..kami melayu x nak ganggu..kami mahu kita bersatu..cukup2 dengan ekonomi y kamu kawal wahai chauvanis..tidak pernah cukup dengan apa y ada..
ReplyDelete