Tuesday, October 14, 2014

MELAYU PULAU PINANG TERUS DIPIJAK KERAJAAN KHALIFAH

Kawasan petempatan Cina yang buruk dipelihara..diperindahkan...
Kawasan petempatan Melayu diroboh, Melayunya dihalau...
Itulah nasib Melayu Pulau Pinang..
Ikut hati nak berubah...
tapi tersalah ubah...
akhirnya mereka yang diubah...
Mampukan Melayu Pulau Pinang ubah lagi..???



MENYEDIHKAN! SATU LAGI KAMPUNG MELAYU BAKAL DIROBOHKAN ! @dzainalabidin @cmlimguaneng

Sungguh menyedihkan apabila satu lagi perkampungan Melayu di negeri  bawah kerajaan DAP bakal hilang  apabila mereka diarahkan mengosongkan kediaman mereka masing - masing.



Kampung Mutiara, Batu Ferrengi yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk membabitkan 48 keluarga.

Dan sungguh memalukan kerana kerajaan DAP dikatakan tidak mampu melakukan apa-apa untuk memastikan kampung warisan Melayu ini dikekalkan.
Hari ini sebahagian besar penduduk kampung mengadakan demonstrasi dalam keadaan penuh emosi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) , Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada tahun 2007 apabila tuan tanah yang berpengkalan di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka.

Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada tahun 2012 apabila mereka diarah berpindah dan notis terakhir yang diserahkan ialah tiga bulan lalu.

" Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini," katanya.

Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka.

Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis ' Jangan Halau Kami', Kami Diusir Tanpa Pampasan' dan ' Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian' malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.
Katanya, kawasan itu bukanlah perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini dan mempersoalkan kenapa tidak digazetkan sebagai kampung warisan.

" Arahan ini membabitkan 48 rumah penduduk yang terletak di lot A dan B dan kami tidak dimaklumkan, pembangunan apa yang mahu dilaksanakan di sini," katanya.

Seorang penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa.

" Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen.

" Majoritinya kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati dan hidup mati di sini," katanya.

Saudara kembarnya, Che Bunga Othman berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat itu dari nenek moyang.

" Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami bangkit mempertahankan hak masing- masing," katanya.

Aminah Said, 51, pula berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana rumah bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa atau membeli rumah baru di negeri ini yang sangat mahal.

" Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga orang anak.Mana hendak cari duit untuk berpindah. Ini tempat kami," katanya.

Perhimpunan berkenaan yang berlangsung selama sejam dengan kawalan ketat pihak polis berakhir dengan bacaan doa.
Anda mungkin juga meminati:

No comments:

Post a Comment