Friday, October 10, 2014

KHALID SAMAD TERUS JADI CONTOH

Khalid Samad terus menjadi contoh Melayu yang bijak. Seronoklah DAP kalau semua orang Melayu macam Khalid Samad ni. Senang kerja buat DAP nak menjahanamkan Melayu dan Islam.



Kesal dengan bantahan secara terang-terangan oleh DAP atas penganjuran pesta arak Oktoberfest, hari ini Pemuda DAP menemplak pemimpin PAS yang dianggap sebagai tidak menghormati kawan.

Menurut Ketua DAPSY, Teo Kok Seong, yang juga merupakan Ahli Parlimen Rasah, mereka (sesetengah pemimpin PAS) harus memahami bahawa PAS merupakan sebahagian daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, dan mereka harus menggunakan saluran yang betul untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan negeri agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa menyinggung perasaan semua pihak.

Sebagai kroni dalam Pakatan Rakyat, PAS seharusnya menyokong dan mempertahankan DAP, bukannya menyerang secara terbuka seolah-olah menyokong tindakan BN dan UMNO dalam menghalang pesta arak ini.

“Desakan sesetengah pemimpin PAS yang dilakukan secara terbuka cuma akan mengeruhkan lagi hubungan kerjasama di antara PAS, PKR dan DAP.

“Tambahan lagi, ia juga akan mengelirukan rakyat jelata yang selama ini saling hormat-menghormati.

“Saya cukup yakin bahawa rakyat di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mempunyai pemikiran yang cukup matang untuk mentafsir isu ini.
“Selain itu, saya juga menghargai usaha YB Khalid Samad yang mempertahankan prinsip Islam yang menghormati hak bukan Islam untuk mengikut adat dan budaya masyarakat mereka.

Hanya Khalid Samad sahaja yang memahami tindakan DAP dalam mengadakan pesta arak ini di Selangor.

Seharusnya pemimpin PAS lain mencontohi Khalid Samad dalam menjaga hubungan DAP dan PAS yang kini dilihat semakin berentakan.






No comments:

Post a Comment