Saturday, October 4, 2014

FUHH..RAMAINYA

Memang ramai gila tapi seorang pun tak jumpa harga barang yang naik tu...balik buat laporan kat menteri..
Menteri pun cakap kat pemberita..tiada kenaikan harga barang dikesan




1,800 penguat kuasa pantau peniaga naikkan harga barang

HASAN Malek (tengah) dan Adenan Satem (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada pengusaha Kedai Rakyat Borneo Mart selepas majlis perasmian kedai tersebut di Simunjan, Sarawak, semalam. Turut kelihatan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri (tiga dari kanan) dan Menteri Muda Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Mohd. Naroden Majais.
BATANG SADONG 3 Okt. - Sebanyak 1,800 anggota penguat kuasa digerakkan ke seluruh negara untuk bertindak terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berikutan tindakan mengurangkan subsidi harga minyak yang dibuat kerajaan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah membuktikan sebelum ini peniaga yang tamak tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pemantauan melibatkan semua premis termasuk restoran, kedai makan, pasar raya, kedai runcit dan pasar basah.
Beliau berkata, 1,800 pegawai penguat kuasa telah diarahkan supaya tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan terhadap kenaikan sebanyak 20 sen harga petrol RON 95 dan diesel.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas perasmian Kedai Rakyat Borneo Mart oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem di Simunjan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hasan memberitahu, para peniaga yang disyaki cuba mengaut keuntungan berlebihan akan diminta membuat penjelasan secara terperinci tentang tindakan mereka mengambil kesempatan ke atas pengguna.
Katanya, tindakan itu amal dikesali kerana peniaga sepatutnya mengamalkan sikap beretika dalam mengurus perniagaan masing-masing.
‘‘Dalam masa sama, pengguna perlu mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka sebagai pengguna yang bijak.
“Segeralah membuat aduan jika ada mengetahui mana-mana peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sesuka hati," ujarnya.
Dalam pada itu, Hasan berkata, sebanyak empat Kedai Rakyat Borneo Mart dibuka di Sarawak iaitu di Merapok, Bintulu, Gedong dan Simunjan.
Katanya, kedai yang berasaskan struktur kontena yang diubah suai itu menawarkan pelbagai barangan keperluan pada harga berpatutan dan berkualiti kepada penduduk di luar bandar.
“Kita menyasarkan untuk membuka 25 cawangan Kedai Rakyat Borneo Mart di seluruh Sarawak pada tahun ini," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141004/dn_03/1800-penguat-kuasa-pantau-peniaga-naikkan-harga-barang#ixzz3F8hTUw5b
© Utusan Melayu (M) Bhd 







No comments:

Post a Comment