Saturday, October 4, 2014

PELACUR AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Kalau rasa UMNO sebuah parti yang korup dan terasa nak perjuangkan Islam..PAS ada tetapi masih nak bersama DAP, parti yang telah menimbulkan kekacauan sehingga menyebabkan ratuasan orang melayu terbunuh dalam peristiwa 13 Mei 1969. Inilah partinya yang cuba menghapuskan hak istimewa orang Melayu..cuba nak menghapuskan Institusi Kesulatanan Melayu dan musuh no 1 Islam.

Rasa terhina..???Kalau sanggup bersekongkol dengan parti tak guna DAP ni apa lagi yang patut dilabelkan...!!!


#PolitikOnani & #Pelacur GAMATKAN MEDIA SOSIAL HARI INI.....?


Apalah nasib pejuang Maya dari Pro Barisan Nasional asyik kena aje dengan DAP dan sekutunya. Pantang ada sikit kesilapan mesti nak kena saman atau sebagainnya. MKP pun dah 4 kali kena amaran. Bila kena macam nie tak ada pulak pemimpin nak menolong.

Pepandai koranglah menjawab serta membayar denda yang dikenakan, Tapi macam tak adil pulak. Jika pihak sebelah sana buat onar lambat pulak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Tapi inilah nasib yang dilanda oleh Pejuang Maya Pro Barisan Nasional. Terima seadanya yang penting perjuangan kita adalah satu menangkan Barisan Nasional pada PRU-14 kelak. 

DAP hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap 2 artikel yang dianggap biadab dan menghina ahli wanita Melayu mereka baru-baru ini.

Laporan dibuat di pejabat SKMM Shah Alam pagi tadi oleh tiga ahli DAP, terdiri daripada Dyana Sofea Mohd Daud, Syefura Othman juga dikenali sebagai Rara, dan Jamila Rahim, yang dikenali juga sebagai Melati.

Mereka ditemani Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo, yang juga ahli Parlimen Puchong.

"Perkara yang terkandung dalam artikel itu mempunyai kesan dan menghina kepada ahli kita dan menjadi kesalahan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kenyataan ringkas sudah diambil daripada ketiga-tiga pengadu," katanya kepada wartawan selepas selesai kenyataan diambil.

Baru-baru ini, dua artikel mengecam ketiga-tiga pengadu tersebut dikeluarkan laman berita Mykmu.net dalam artikel bertajuk "Melati, lebih baik jadi pelacur dari sertai DAP" dan satu lagi artikel daripada Free Malaysia Today bertajuk "DAP dan politik onani".

Gobind menyifatkan kedua-dua artikel tersebut sebagai biadab dan tidak menghormati status seorang wanita.

"Kita terbuka dan sedia terima kritikan, tapi kita lihat juga cara ia dibuat. Kalau ia biadab dan menjatuhkan imej orang serta melampaui batasan undang-undang, kami akan ambil tindakan," katanya.

Sementara itu, bekas calon pilihan raya kecil Teluk Intan, Dyana Sofea menyifatkan kandungan tersebut sebagai melampau dan menjatuhkan martabat seorang wanita.

"Tindakan biadab itu menjatuhkan martabat golongan wanita. Bagaimana mahu menggalakkan penyertaan wanita dalam politik kalau perkara ini berterusan berlaku?

"Ini terang-terangan melampau, kami berhak sertai mana-mana parti politik," katanya.

Jamila berkata, artikel yang ditulis "KuntaKinte Malaysia" dalam Mykmu.net yang menyamakannya dengan pelacur, mencemar maruah dirinya dan keluarga.

"Artikel KuntaKinte itu memalukan saya dan keluarga," kata Jamila, wanita Melayu berpurdah yang menyertai DAP baru-baru ini.

Penulis tersebut membidas Jamila dengan mendakwa keputusannya menjadi ahli DAP seolah-olah menjual diri dan agama hanya kerana terpengaruh dengan kemewahan yang ditawarkan.

Gobind berkata, isunya bukan melibatkan politik semata-mata, tetapi sebenarnya penghinaan kepada golongan wanita di Malaysia.

"Ini bukan terhad kepada politik tapi lebih luas. Ia libatkan isu wanita. Hendak kritik boleh tapi perlu ada hadnya.

"Kalau dihina dan dicerca sebegini, ia melampaui batasan," katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan dan pihak berkuasa menunjukkan ketegasan dalam isu penghinaan sebegini.

"Kita rakyat Malaysia menghormati golongan wanita. Pihak berkuasa dan kerajaan perlu menunjukkan ketegasan," katanya.

SUMBER

No comments:

Post a Comment