Penulis novel ‘Pelacur Kelas Pertama’, Jamila Rahim atau lebih dikenali Melati Rahim, 22, mendakwa DAP Islamik apabila meletakkan dasar humanisme (kemanusiaan) sebagai tunjang utama parti itu.
“Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.
“Sejujurnya DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.
“Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting,” katanya kepada Astro AWANI.
sumber
Penulis Novel ‘Pelacur’ Dakwa DAP Islamik
AIDNews – 30/9/14 – Penulis novel ‘Pelacur Kelas Pertama’, Jamila Rahim atau lebih dikenali Melati Rahim, 22, mendakwa DAP Islamik apabila meletakkan dasar humanisme (kemanusiaan) sebagai tunjang utama parti itu.
“Dalam Islam sendiri, kemanusiaan adalah asas dan keperluan sebagai seorang insan.
“Sejujurnya DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang digagaskan oleh Islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan.
“Namun dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting,” katanya kepada Astro AWANI.
Terminologi ‘humanisme’ atau ‘kemanusiaan’ adalah istilah popular di kalangan pendokong yang memperjuangkan Islam Liberal.
Menurut Malaysiakini kemasukan Melati dalam DAP digambarkan organ DAP, Roketkini sebagai “Langkah Ninja” konotasi terhadap cara berpakaiannya yang berpurdah.
Melati adalah graduan diploma bahasa Inggeris produk Universiti Selangor (Unisel), milik kerajaan Negeri Selangor.
“Kemasukan Melati itu dilihat sebahagian daripada projek DAP mendekati golongan Melayu,”lapor Malaysiakini.
Menurut bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan, Fazallah Pit kemasukan Melati ke dalam DAP semata-mata untuk melariskan novel sulungnya ‘Pelacur Kelas Pertama’ yang diterbitkan penerbit Merpati Jingga yang dimiliki bekas Exco Angkatan Muda PKR Pusat, Faisal Mustaffa.
Buku-buku terbitan Merpati Jingga sebelum ini pernah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuklah buku kontroversi, “Allah, Kebebasan dan Cinta” tulisan Irshad Manji.
sumber
No comments:
Post a Comment