Kalimah Allah: Sah, Harun Din Dalang Demonstrasi Ahli PAS
PENULIS sudah dapat pengesahan, dalang kepada demonstrasi anti DAP, PKR dan Pakatan Rakyat yang diadakan oleh ahli-ahli PAS di seluruh negara berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bibile berbahasa Melayu ialah Timbalan Mursyidul Amnya sendiri, Datuk Harun Din.
Jujurnya, penulis sudah tahu lama,
seperti yang pernah penulis sentuh dalam satu artikel sebelum ini, tapi
setelah mendapat pengesahan yang sebenarnya, barulah penulis berani
mengeluarkan nama tersebut.
PAS sengaja tidak mengendahkan dakwaan
penglibatan Harun Din ini sebaliknya mendakwa mereka yang berdemonstrasi
tersebut ialah ahli UMNO yang menyamar sebagai ahli PAS.
Tapi setelah sebuah cawangan PAS di Taman Equine, Seri Kembangan secara terbuka mengisytiharkan untuk menyokong calon Barisan Nasional/UMNO dalam pilihanraya akan datang kelmarin, barulah jentera parti tersebut bergerak mencari dalang disebalik demonstrasi tersebut.
Disitulah nama Harun Din muncul.
Harun Din patut disingkirkan. Tindakan
Harun Din menggunakan ahli-ahli PAS peringkat bawahan untuk mengadakan
demonstrasi seumpama itu adalah tindakan paling jijik yang penulis
pernah lihat berlaku dalam mana-mana parti politik di negara ini.
Penulis dah malas nak cakap soal
percanggahan pendirian antara Pakatan Rakyat dan PAS berhubung
penggunaan kalimah Allah di dalam Bible ini, letih dah, macam cakap dengan dinding.
Yang penting sekarang Harun Din perlu dipersalahkan
kerana menyebabkan semua kekecohan yang berlaku sekarang ini. Dialah
yang mempengaruhi Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan yang
bercanggah dengan pendirian rasmi Pakatan Rakyat yang membenarkan
kalimah Allah ini digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu pada 8
Januari 2013.
Dibantu Harun yang satu lagi, Harun Taib.
Setelah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat membuat keputusan untuk menyingkirkannya, Harun
Din menghasut pula ahli-ahli PAS supaya mengadakan demonstrasi di
seluruh negara membantah keputusan Pakatan Rakyat untuk membenaran
penggunaan kalimah Allah di dalam Bible bahasa Melayu.
Sebab itu kalau kita lihat, dalam setiap
demonstrasi yang diadakan oleh ahli PAS sekarang ini, persoalan yang
sama dibangkitkan, “kufurkah kami kalau mengundi DAP?”
Kebetulan, istilah kufur kerana membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian ini hanya digunakan Harun Din sejak dulu (rujuk video dibawah), tidak ada pemimpin PAS lain yang menggunakannya, hanya Harun Din seorang.
Bukankah itu bukti yang cukup jelas?
Penulis dengan ini menggesa PAS menyegerakan penyingkiran Harun Din dari parti tersebut. Lebih lama orang tua ini dibiarkan dalam PAS, lebih banyak masalah akan melanda parti tersebut.
Kalau dah cawangan sendiri pun berikrar memberi undi kepada musuh, apa yang lebih teruk lagi dari itu?
sumber
Askum beb ! confused ! kristian atau kapral singh yang bukan beragama kristian yang menuntut ? nampak macam pihak gereja tak kesah pun ! macam ada apa apa aja ? Apa yang membimbangkan Tuan yang ariff dan berman Dato Harun Din adalah pada generasi yang akan datang akibat daripada membenarkan. Silap haribulan jadi menyukutukan Allah swt. Jangan sampai nanti bible disangka tafsir ALQURAN kepada yang bebal.Fikirkan lah jauh jauh dalam bab ini. Parti, parti juga.Orang islam diMalaysia ini lemah dalam banyak perkara sebab itu lah kitab Siah pun disekat disini Ditakuti campur aduk pegangan dan akidah.Haron Din nak selamatkan Islam dan mertabat PAS sendiri.Dia adalah wira PAS yang sebenar.
ReplyDelete