Thursday, February 28, 2013

LADANG RAKYAT UNTUNG BESAR, NIK AZIZ BAGI AYAM MAKAN DUIT!!!

Warga FELDA dah lama rasa hasil FELDA dan akan dapat makan besar lagi tapi Ladang Rakyat..pemimpin Rakyat yang merasa...rakyat pula hanya merasa BODOH..!!!




FGV Untung RM1.13 Bilion, Mazlan Aliman Gigit Jari?

February 27, 2013   ·   1 Comments
fgv
Nampaknya makin berkerutlah dahi Presiden ANAK, Mazlan Aliman, bila dapat tahu bahawa saham FGV di Bursa Malaysia mencapai keuntungan berlipat ganda di luar jangkauan para penganalisa saham sebanyak RM904 juta.
Menurut analisa pakar pelaburan, Earnings Before Interest and Deductible Allowances (EBITDA) menjangkakan bahawa perkembangan syarikat FGV akan berkembang tinggi sehingga mencapai nilai RM1.35 bilion.
Namun, mungkin kerana selalu diburuk-burukkan Mazlan Aliman sebelum ini, maka Allah “bayar cash” dengan memalukan AJK PAS Pusat itu dengan memberikan nilai perkembangan yang lebih tinggi jumlahnya, RM1.44 bilion!
Semalam, FGV mengumumkan keuntungan sebelum cukai mereka berjumlah RM1.13 bilion di mana ia mencatat keuntungan tersebut dari perniagaan utamanya hasil peningkatan penjualan minyak sawit yang berjumlah sebanyak 73%.
Nampaknya FGV kini sedang berada di atas landasan yang betul. Penyenaraian FGV di Bursa Malaysia benar-benar mendapat limpahan rahmat dari Allah SWT yang memberikan rezeki yang lebih kepada syarikat perladangan kelapa sawit ketiga terbesar di dunia itu.
Saya masih ingat lagi ketika di awal cadangan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia. Ketika itu, Mazlan Aliman bermati-matian “menasihati” Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak meneruskan penyenaraian tersebut.
Pelbagai tuduhan dan andaian telah dilemparkan Mazlan Aliman setiap hari terhadap cadangan itu. Malah dia cuba menakut-nakutkan warga Felda, kononnya penyenaraian FGV itu akan menyebabkan Felda bankrap.
Dia sengaja mengadakan demonstrasi berkali-kali di merata-rata lokasi termasuk di depan pintu masuk Wisma Felda selain menyerahkan memorandum bantahan terhadap penyenaraian FGV itu.
Tidak cukup dengan itu, Mazlan Aliman turut mengheret FGV ke mahkamah bagi menghalang syarikat itu melibatkan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang pada awalnya dirancang untuk memiliki sebahagian besar saham tersebut.
Hasil dari tindakan bodoh Mazlan Aliman itu, KPF terlepas peluang dari memiliki saham-saham berprospek tinggi itu setelah perbincangan bersama barisan tertinggi KPF dengan pihak Felda memutuskan untuk tidak melibatkan koperasi itu dalam penyenaraian tersebut.
Nah! Sekarang siapa yang tepuk dahi? Kalaulah KPF memiliki saham FGV, rasanya seluruh 112,635 peneroka Felda boleh tersenyum meleret dengan hasil “percuma” yang dikurniakan Allah dari kebijaksanaan Perdana Menteri itu, bukan?
Mujurlah Datuk Seri Najib itu sabar dan bertindak lebih bijak dengan memberikan saham percuma kepada para peneroka. Kalau tidak, sudah tentu warga Felda “melopong” melihat keuntungan yang diperoleh menerusi saham FGV itu.
Yang “period”nya sekarang mungkin Mazlan Aliman. Jangkaannya meleset sama sekali. “Analisa saham” yang dibuat oleh AJK PAS yang bagaikan “pakar saham dunia” itu tidak menjadi kenyataan, malah bercanggah dengan realiti semasa.
Sedang harga minyak sawit yang lembab pada tahun 2012, pelaburan FGV mencatat keuntungan yang besar. Memang hebat, bukan? Mazlan Aliman boleh beri hasil pada Felda sehebat itu? Tapi kalau bab memperlekeh Felda, dialah juara!
Saya sebenarnya sedang menanti pengumuman rasmi dari FGV mengenai jangkaan jumlah dividen yang akan diperoleh setiap peneroka Felda di atas keuntungan saham tersebut dalam masa terdekat.
Harap Mazlan tidak menangis bila diumumkan kelak. Bukan apa, buruk benar kalau dia menangis, kan?

No comments:

Post a Comment