Guan Eng Naik Kapal Selam, Tak Lemas Pun!!!
December 10, 2011 · 14 Comments
SETELAH terkedu semalam
bila dibawa menyelam dengan kapal selam KD Tun Razak, Guan Eng dan
macainya mengatur gerak kerja tindak balas untuk menutup penipuan yang
dilontar sebelum ini oleh kalangan ahli Parlimen pakatan haram terutama
sekali Nurul Izzah dan Tony Pua (dari DAP sendiri).
Antara alasan terawal yang digunakan ialah yang dipertikaikan ialah KD Tunku Abd Rahman, bukan KD Tun Razak.
Penulis melihat usaha ini kelihatannya
dangkal kerana pertama, tidak peduli mana satu pun kedua kapal ini
adalah dari jenis yang sama dan kelas yang sama. Jenis Scorpene dan
Kelas Perdana Menteri. Itu bermaksud, sistem, keupayaan dan
persenjataan keduanya adalah sama. Kalau KD Tunku Abd Rahman boleh
menembak torpedo secara salvo, maka KD Tun Abd Razak juga boleh.
Dan paling penting sekali, mana-mana
kapal selam pun memang boleh menyelam!!! Pedulilah apa kelas dan jenis
sekalipun. KD Tunku Abd Rahman bukan setakat boleh menyelam, malah dah
berjaya melancarkan missile SM-39 Block 2 yang hanya boleh ditembak DARI
DALAM AIR, beritanya disini. Itu saja dah membuktikan bahawa KD Tunku Abd Rahman memang boleh menyelam, sama ada pembangkang naik ke atasnya atau tidak.
Lagipun, kapal KD Tun Abd Razak yang
terbaru dari kelasnya, bagi naik kapal baru pun nak bising juga? Apa
punya bebal lah kau Guan Eng.
Kebodohan ini yang mencanak-canak naik
dalam pembangkang terutama sejak pilihanraya 2008 berakhir. Sudah
banyak diterang dan dijelaskan, dalam parlimen, luar parlimen pun masih
tidak mahu faham. Itu menunjukkan pembangkang di Malaysia memang tidak
berakal, setaraf dengan budak-budak tadika. 10 kali cakap pun tak faham
juga.
Sehinggalah dibawa sendiri menyelam
dengan kapal selam ni baru nak percaya, itupun mengelak-mengelak dari
menjawab soalan yang boleh jerat diri sendiri.
Hal yang sama juga diguna pakai dalam
soal-soal yang lain, contohnya National Fedlot Corporation (NFC) dan
Lynas. Semua pun guna modus operandi yang sama, apa pun jawapan akan
dipusingkan atau ditimbulkan persoalan baru. Dalam kes Lynas lagu
teruk, ia sudah sampai ke tahap, “betul macam mana punlah
faktanya (termasuk fakta dari MP PAS sendiri), kami tetap taknak terima
sebab kami memang tak terima!!!”,
Begitulah. Modus operandi yang sama diguna pakai setiap kali, tak tahu bila sudahnya.
Balik pada kapal selam tadi, ini yang
penulis katakan, pembangkang tidak minat dengan jawapan, dia hanya minat
dengan pembohongan berterusan. Kata kapal selam tak boleh menyelam,
kita bawak dia menyelam dengannya, dia kata pulak itu bukan jenis yang
dipertikaikan. Jadi marilah kita tanyakan diri sendiri, apa sebenarnya
yang pembangkang ini hendak?
Adakala penulis sendiri rasa letih nak
bersoal jawab dengan orang akal separuh tiang macam pembangkang ni ya
tapi ini kewajipan penulis sebab yang bakal membaca dan melihat semua
perkara ialah pengundi atas pagar. Mana yang dah totok pembangkang, itu
dah ‘gone case’, zombie, walking dead dan sebagainya, buat apa pun dia
akan tetap macam itu.
Mengenangkan itu saja penulis rasa bersemangat, kalau tidak, entahla.
Tapi penulis harap selepas ini jangan
pulak Guan Eng mendedahkan semua sistem kapal selam kepada Singapork
ya. Ini bukan boleh percaya sangat, pemimpin DAP ni, kesetiaan kepada
negara sendiri memang senantiasa dipersoalkan. Kalau dah bendera negara
ni pun nak ditukarkannya, apatah lagi yang lain.
No comments:
Post a Comment