JUI MENG DAH TERMENUNG....

Lebih malang lagi, apabila kredibiliti Jui Meng turut dipersoalkan dengan kata-kata Karpal ini; “Penglibatan
lama bersama MCA dan Barisan Nasional, kegagalan cubaan dalam perebutan
jawatan presiden MCA pada 2004 dan keghairahan untuk mendapat kerusi
Parlimen secara jelas mencerminkan masalah kredibilitinya.”
Ini baru nak rebut kerusi mana untuk
bertanding, yang belum tahu lagi menang atau kalah. Bagaimana agaknya
perangai pemimpin-pemimpin Pakatan ini kalau dah menang dan berkuasa
berebut pulak untuk jawatan-jawatan Menteri dan sebagainya? Akhirnya
rakyat juga yang akan menderita kalau memilih puak Pakatan ini kerana
pemimpin-pemimpinnya sentiasa curiga mencurigai, berhasad dengki dan
gelojoh berebut tempat dan pangkat. Ini baru cerita Jui Meng di Johor,
nanti akan timbul pulak cerita Kadiaq di Kedah, cerita Tamrin di Melaka
dan pelbagai lagi.
Apapun, eloknya bukan sahaja Karpal yang
sedar, tetapi diharapkan agar para pengundi juga akan sedar bahawa
mana-mana pemimpin "bekas UMNO" dan "bekas BN" sememangnya menghadapi
masalah kredibiliti, termasuk Nuar Berahim yang mereka puja-puja tu!
No comments:
Post a Comment