Bawa-bawalah bertaubat terutama penyokong pambangkang yang terlalu asyik dengan suruhan DAP untuk menghancurkan negara....Carilah kebenaran dan Bacalah ia...
Isu scorpene dah banyak kali di jawab dalam parlimen...
tapi deme bebuat tak nampak....
takper sekali lagi IPS kasi jawab pasal isu Scorpene..
Isu Kapal Selam Scorpene Dah Berulang Kali Dijawab Di Parlimen
JAWAPAN OLEH TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN DATUK DR ABDUL LATIF AHMAD
KEPADA SOALAN-SOALAN TAMBAHAN KETIKA UCAPAN PENGGULUNGAN TIMBALAN MENTERI KEWANGAN 2011
Kontrak perolehan dua (2) unit Kapal Selam untuk TLDM ini dimeterai
pada tahun 2002 dengan harga EURO 1.084 bilion manakala Kontrak
senggaraan kapal selam (In Service Support - ISS) pula dimeteral pada
tahun 2010 dengan harga RM230 juta setahun bagi tempoh 6 tahun.
Kontrak-kontrak ini dibuat secara berasingan kerana kekangan
peruntukan perbelanjaan Kerajaan pada ketika itu dan sekaligus tidak
membebankan Kerajaan untuk menanggung kos dua perolehan tersebut secara
serentak.Berdasarkan Kontrak tersebut secara prinsipnya, terdapat dua
mekanisme senggaraan atau balk pulih yang boleh dilakukan ke atas dua
buah kapal selam SCORPENE TLDM ni sekiranya berlaku apa-apa kerosakan
terhadap sistem, platform atau peralatan kapal selam.
1)
Kerosakan dalam tempoh jaminan (guarantee period) Menerusi klausa ini
sebarang kerosakan yang berlaku dalam tempoh jaminan akan diperbaiki
oleh pihak pembekal/syarikat tanpa memerlukan apa-apa perbelanjaan
tambahan oleh pihak Kerajaan.Klausa ml berkuatkuasa selama 12 bulan dan
tarikh penyerahan fizikal (physical handover) kapal selam ini kepada
TLDM.
2) Kerosakan pendam (Latent Defect) Klausa ini pula
memperuntukkan sebarang kerosakan design, manufacture yang tidak
dijumpai oleh Kerajaan di dalam tempoh kerosakan dalam jaminan dan
sebarang kerosakan yang boleh menghalang atau menyekat keupayaan sebenar
Kapal Selam seperti yang termaktub di dalam Kontrak yang bukan berpunca
daripada normal wear and tear, faulty operation by the Go vernment
personnel, maka di dalam tempoh 66 bulan daripada tarikh penyerahan
fizikal, semua kerosakan yang tersebut di atas boleh diperbaiki oleh
pihak pembekaI.
Daripada dua mekanisme pembaikan serta balk
pulih kapal selam ini, dapat dirumuskan bahawa perolehan yang dibuat
adalah memenuhi keperluan dan kepentingan Kerajaan sekaligus prinsip
perolehan value for money dapat direalisasikan.
Manakala
Kontrak senggaraan kapal selam (ISS) pula dilakukan secara berpakej dan
merangkumi semua elemen senggaraan Integrated Logistics Support termasuk
Confiquration Management, Desiqn and Modification Studies dimana pihak
pembekal penlu menjamin supaya kapal selam berupaya beroperasi secara
maksima selama 135 hari bagi setiap kapal selam mengikut jadual yang
ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Di awal peringkat rundingan,
anggaran perbelanjaan bagi Kontrak ini dijangka boleh mencecah hingga
RM270 juta setahun bagi kedua-dua kapal selam ini. Namun begitu setelah
beberapa siri rundingan dan perbincangan diantara Kerajaan dan juga
pembekal dilakukan, nilai Kontrak ini berjaya dirunding dan
dimuktamadkan ke paras terendah dengan jumlah hanya RM230 juta setahun
sekaligus berlaku penjimatan yang ketara sehingga RM4O juta setahun.
Jika diteliti diperingkat antarabangsa terutamanya negara-negara yang
memilik Kapal Selam SCORPENE seperti Chile dan Brazil, kontrak perolehan
kapal selam dan kontrak senggaraan dilakukan secara berasingan. Begitu
juga dengan negara Australia dimana Kontrak pembelian kapal selam
dilakukan secara berasingan daripada kontrak senggaraan.
Justeru itu, perkara ini merupakan international standard and norm dan
pengasingan kontrak ini tidak bermakna bahawa Kerajaan mempunyai
perancangan yang lemah dan tidak mempunyai kepakaran yang setanding di
dalam mengendalikan armada angkatan kapal selam. Kementerian telah mula
merencanakan perkana berkenaan senggaraan kapal selam ini sejak tahun
2007 lagi tetapi disebabkan oleh kekangan kewangan semasa kerajaan,
perkara ini tidak dapat direalisasikan.
Scorpene yg dikontraversikan pembangkang
NOTA RINGKAS KONTRAK SENGGARAAN IN-SERVICE SUPPORT (ISS) BAGI KAPAL SELAM TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM).
Kontrak berbentuk ISS ini adalah secara berpakej dan merangkumi semua
elemen senggaraan Integrated Logistics Support termasuk Configuration
Management, Design and Modification Studies dimana pihak pembekaI perlu
menjamin supaya kapal selam berupaya beroperasi secara maksima selama
135 hari setahun bagi setiap kapal selam mengikut jadual yang ditetapkan
oleh pihak Kerajaan.
Letter of Acceptance (LOA) bagi kontrak
ini telah ditandatangani pada 12 Ogos 2010 dengan syarikat usahasama
Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd (BDNC) di antara syarikat BHIC
Defence Technologies Sdn Bhd dan juga syarikat DCNS, Perancis dengan
pegangan ekuiti 60%-40% dengan nilai kontrak berjumlah RM230 juta
setahun selama enam tahun.
Berdasarkan konsep Kontrak ini,
pihak syarikat adalah bertanggungjawab melaksanakan segala keperluan
senggaraan berjadual, iaitu Assisted Maintenance Period (AMP), Docking
Essential Defect (DED) dan segala Corrective Maintenance. Bagi mencapai
tahap operasi maksima selama 135 hari dalam setahun, pihak kontraktor
perlu membuat senggaraan berjadual tambahan sekiranya diperlukan tanpa
sebarang kos tambahan.
Terma pembayaran adalah seperti berikut:
1) Bayaran pendahuluan sebanyak 15% dikira daripada jumlah keseluruhan
nilai Kontrak (CP1+CP2+CP3) dalam bahagian EURO iaitu EURO 28,950,020
juta dan bahagian RM pula berjumlah RM79,802,819 juta;
2) Bayaran Ex-Gratia berjumlah EURO 15 juta dan RM35 juta;
3) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 1 akan dibuat secara 3 bulan sekali;
4) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 2 akan dibuat berdasarkan jadual penghantaran yang telah dipersetujui;
5) Bayaran kemajuan bagi Contract Price 3 akan dibuat berdasarkan jadual penghantaran yang telah dipersetujui.
Status pembayaran semasa adalah seperti berikut:
1) Bayaran pendahuluan dalam bahagian RM berjumlah RM79,802,819 juta
telah selesai dibayar pada tahun 2010 manakala bayaran dalam bahagian
EURO sejumlah EURO 28,950,020 juta masih tertunggak.
2) Bayaran Ex-Gratia berjumlah EURO 15 juta dan RM35 juta telah selesai dibayar pada tahun 2010 dan juga 2011.
3) Manakala baki bayaran kemajuan bagi CP1,CP2 dan CP3 pada tahun 2011
pula masih tertunggak dan pembayaran ‘akan dibuat berdasarkan jadual
pembayaran yang telah ditetapkan.
Disamping itu, skop kerja lain yang perlu dibuat adalah seperti berikut:
1) PembekaIan serta penyelenggaraan Base Outfitting Equipment (BOE);
2) Pembekalan dan penyelenggaraan safety conditioning facifitieg, 3) Pembekalan alatganti insuran (insurance items);
4) Penyelenggaraan dan pembaikan peringkat depot (Depot Level Maitenance-DLM) termasuk pembekalan alat ganti;
5) Penyelenggaraan peralatan umbilicatservices,
6) Kajian skop dan keperluan alatganti untuk refit pertama kapal selam.
Pecahan nilai Kontrak adalah seperti berikut:
NILAI KONTRAK
EURO RM
CONTACT PRICE 1 135,580,483
433,360,626
Submarine ISS,
Facilities
Operation and Maintenance
CONTACT PRICE 2 51,012,000
Insurance Item and Long Lead
Item Spare
Parts
CONTACT PRICE 3 6,407,517 98,639,374
Base Outfitting Equipment, Yard
and Conditioning Facilities
JUMLAH KONTRAK (RM) RM 1,361,900,000.00
KOMITMEN SETAHUN RM 226,983,333.33
Pecahan peruntukan tambahan yang dipohon kepada Kementerian Kewangan:
1) Bayaran pendahuluan dalam bahagian EURO sejumlah EURO 28,950,020
juta (RM144,750,100 juta) yang sepatutnya dibayar pada tahun 2010.
2) Bayaran kemaiuan bagi komitmen Kontrak tahun 2011 beriumlah RM271,961,386 juta.
Jumlah besar peruntukan yang dipohon adalah berjumlah RM417 iuta
So apa lagi yang pemakan dedak tak paham?
sumber
No comments:
Post a Comment