Wednesday, February 27, 2013

JADILAH BIJAK SIKIT..TUNGGU BEBERAPA HARI LAGI..PANGKAH BARISAN NASIONAL..MASALAH SELESAI

Masalah hanya akan selesai apabila Barisan Nasional merampas kembali tampuk pemerintahan Kedah dan berjaya mendapat mandat 2/3 rakyat Malaysia...sabar...jangan jadi bodoh dengan terus memangkan Pakatan Rakyat...masalah akan berterusan...selamanya sengsara

PANASS!! Akhirnya Ketua Pemberontak KUIN Bersuara Kecam Azizan dan Jamil!! #TukarKedah

Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan KUIN
 
Satu perkhabaran yang tidak berapa baik kepada Menteri Besar Kedah yang DIKTATOR, Azizan Razak dan Rektor KUIN kesayangannya Jamil Osman yang sering bertindak zalim terhadap kakitangan KUIN, bahawa Kakitangan KUIN yang di tindas tetap akan bertegas menegakan kebenaran dan hak mereka sebagai kakitangan KUIN walaupun di fitnah Azizan Razak dengan pelbagai tuduhan.

Sehingga kini Azizan Razak masih enggan meminta maaf kepada kakitangan KUIN yang di tuduhnya sebagai ejen UMNO sedangkan apa yang di lakukan mereka bukannya membabitkan politik PAS atau UMNO. Apa yang di lakukan mereka hanyalah menuntut hak mereka sebagai pekerja kepada majikan.


Mewakili lebih dari 400 kakitangan Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ), Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan KUIN pada hari ini dalam sidang akhbarnya tetap bertegas bahawa kakitangan KUIN akan menuntut hak mereka setelah di tindas sejak sekian lama oleh pentadbiran KUIN dan Menteri Besar Kedah.

"Kita sebenarnya sudah sampai ke kemuncak untuk menegakkan kebenaran dalam memperjuangkan hak-hak kami yang di nafikan oleh Kolej Universiti Insaniah khususnya Rektor Insaniah, Datu Jamil Osman dan juga Pengurusi Lembaga Pengarah KUIN iaitu Azizan Razak" katanya.

Menurut Muhammad Azki , "Mereka gagal menguruskan kebajikan dan mereka gagal menguruskan Kolej Universiti Insaniah dengan baik"

"Punca Utama KUIN mengalami krisis yang teramat teruk dan amat parah ini adalah disebabkan sama ada dia merupakan pengurusan, kewangan, korupsi, penyelewengan adalah disebabkan kepimpinan tertinggi KUIN yang di terajui oleh Datuk Jamil Osman sebagai Rektor dan Datuk seri Azizan Razak sebagai Menteri Besar dan merupakan Pengerusi KUIN, mereka gagal melaksanakan kepimpinan Islam secara telus dengan Sidiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh " katanya lagi.

Beliau mengharapkan Datuk Jamil Osman serta Azizan Razak dalam menjadi pemimpin supaya bertakwa kepada Allah S.W.T. Dan dengan bertakwa kepada Allah S.W.T menyelamatkan KUIN daripada kancah kemusnahan sebuah institut pengajian tinggi Islam.- Pisau Kedah

 Mc kenal dengan Azki ni, dia ni PAS TOTOK! Kalau kerat tangan dia tu, mau keluar darah hijau. Malah Azki juga pernah jadi jeneral kempen Nizar Bekas MB Perak PR semasa PRK Bukit Gantang dahulu. Apabila Azizan Razak tuduh kakitangan KUIN ni agent UMNO, Azki diantara orang yang paling sedih dengan kenyataan tersebut.

Ternyata apa yang Azki perjuangkan hanyalah untuk membersihkan nama KUIN, pentadbiran KUIN yang katanya ditadbir oleh Pas, tapi teruk! Sebagai ahli Pas seumur hidup yang sayangkan parti, Azki tak mahu Pas tercalar imejnya dengan kisah ngeri kakitangan KUIN ini.

Mc faham dengan perasaan Azki ni, kami serupa dalam perjuangan, walaupun berlainan parti. Siapa sanggup melihat parti yang kita sayang ada anasir buruk yang merosakan?


sumber

1 comment:

  1. hamzah12hasan@gmail.com49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang, BETULKANLAH antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, PERANGILAH yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah ALLAH. Jika ia kembali maka BETULKANLAH antara mereka dengan adil, dan BERLAKUADILLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang adil.

    49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka BETULKANLAH antara dua saudara kamu, dan TAKUTILAH ALLAH supaya kamu dikasihani.

    49:11. WAHAI ORANG-ORANG YANG PERCAYA, JANGANLAH sesuatu kaum mengejek kaum yang lain, yang mungkin lebih baik daripada mereka; dan JANGAN juga perempuan-perempuan memperolok-olokkan perempuan-perempuan yang mungkin lebih baik daripada mereka. Dan JANGAN mencari kesilapan sesama sendiri, dan JANGAN juga menghina satu sama lain dengan nama-nama gelaran. Satu nama yang buruk ialah fasiq setelah iman. Dan sesiapa tidak bertaubat, maka mereka itu, merekalah orang-orang yang zalim.

    49:12. WAHAI ORANG-ORANG YANG PERCAYA, JAUHILAH kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan JANGANLAH mengintip, dan JANGAN juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Kamu membencinya! Dan kamu TAKUTILAH ALLAH; sesungguhnya ALLAH Menerima Taubat, Pengasih.

    ReplyDelete