Monday, February 18, 2013

CINA DONG ZONG LEBIH BAIK DARIPADA CINA DAP..!!!

Baik sangat ke Cina Dong Zong sampai jemput PM DS Najib ke rumah terbuka Tahun baru Cina anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).  Walaupun ada cubaan untuk memalukan DS Najib dengan mengangkat banner We Love PM yang telah diubahsuai kepada We Love New PM, Anwar..ternyata kebiadapan Cina Dong Zong lebih terkawal..mungkin takut tindak balas dari orang Melayu selepas DS najib di malukan oleh Cina DAP Pulau Pinang..????



Mengintai PM di 'lubuk' Dong Zong...

  • PDF
pm-dong-zong1Berbagai spekulasi timbul sejak muncul khabar Datuk Seri Najib Tun Razak terima undangan untuk hadir pada majlis Tahun baru Cina anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di pusatnya di Kajang pagi Ahad.
Ini termasuk kebimbangan mungkin ada cubaan untuk memalukan Perdana Menteri di situ.
Semua orang tahu sejarah Dong Zong yang anti-kerajaan dan mengemukakan pelbagai tuntutan untuk pendidikan Cina.
Jangan lupa Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pernah dihalau semasa satu demo anjuran Dong Zong tidak lama dulu.
Namun Najib steady saja semasa beliau berada selama 40 minit di majlis itu.

Beliau tiba sekitar 9.45 pagi.
Untuk rekod beliau memecah tradisi sebagai Perdana Menteri pertama dalam tempoh 58 tahun menghadiri program anjuran Dong Zong.
Mengikut laporan media pembangkang dalam surat undangannya Dong Zong antara lain senaraikan tiga tuntutan yakni pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC), pembinaan lebih banyak sekolah Cina dan kaji semula cadangan Dasar Pendidikan Nasional.
Najib beramah mesra dengan pimpinan Dong Zong dan para tetamu lebih 2,000 orang semasa kehadirannya di situ.

pm-dongzong2xx
Sementara itu, dalam teks ucapan Pengerusi Dong Zong Dr Yap Sin Tian, yang tidak dibacakan sebaliknya diedarkan kepada pihak media oleh kakitangan yang bertugas, beliau merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Najib yang menyifatkan kehadiran PM ke majlis Dong Zong sebagai 'ice-breaking journey".
"Kami amat menghargai keikhlasan Perdana Menteri dan (kunjungan ini) merupakan satu peristiwa yang bermakna dan istimewa. Ia mencerminkan interaksi antara PM dan pertubuhan pendidikan aliran bahasa Cina,"ujar beliau.
Bagi Timbalan Pengerusi Dong Zong Chow Siew Hon pula kehadiran Perdana Menteri memberi satu permulaan baik kepada penambahbaikan sekolah aliran Cina.
"Jelas kelihatan keikhlasan Perdana Menteri ketika hadir pada majlis hari ini dan kami gembira dengan kehadiran beliau," katanya.
Namun Perdana Menteri tidak menyampaikan sebarang ucapan di majlis itu.
kaligrafi2
Beliau hanya menyertai acara menulis kaligrafi Cina yang membawa makna "menyambut tahun baharu bersama-sama" yang disertai oleh Presiden MCA, Gerakan dan Pengerusi Dong Zong. Selain mengaul makanan tradisi Cina loashang di pentas utama.
Najib kemudiannya duduk di meja yang disediakan dan menikmati persembahan hiburan selama 20 minit sebelum meninggalkan majlis untuk menghadiri satu lagi majlis sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Bintang Kuala Lumpur.
Difahamkan ada kalangan aktivis Dong Zong yang berharap  beliau berucap dan mengumumkan sesuatu yang besar semasa majlis itu.
Tiada insiden tidak diingini sepanjang beliau berada di majlis itu.
Kira-kira 20 minit selepas Najib meninggalkan majlis, orang kuat DAP Lim Kit Siang tiba
Tidak lama selepas itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai bersama rombongannya termasuk Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.-17/2/2013- OLEH HELME HANAFI

sumber

No comments:

Post a Comment