Sunday, February 24, 2013

MUKTAMAD : PENERIMA BR1M TETAP MACAM HAIWAN

Sepatutnya selepas balik dari tanah suci, Nik Aziz semakin tertib percakapan dan otaknya, tetapi apa yang berlaku pula menggambarkan seolah-olah Nik Aziz dihukum oleh Allah SWT...boleh masuk majalah Mastika ni...


Nik Aziz pertahan kenyataan

Nik Aziz
KOTA BHARU 23 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mempedulikan kritikan seluruh rakyat negara ini apabila mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat umpama 'haiwan.'
Beliau yang didesak pelbagai pihak supaya memohon maaf sebaliknya menuduh UMNO yang telah meletakkan taraf rakyat umpama haiwan melalui pemberian pelbagai jenis bantuan wang termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan BR1M 2.0.
Menteri Besar itu dalam nada tegas turut mempertahankan perumpamaan yang diberikannya sebelum ini iaitu sambutan orang ramai terhadap bantuan Kerajaan Pusat sama dengan haiwan yang akan menghampiri manusia sekiranya makanan haiwan itu disediakan.
Pada masa sama beliau berkata, rakyat sememangnya berhak untuk mengambil bantuan BR1M kerana ia adalah duit kerajaan dan bukan milik UMNO.
...


No comments:

Post a Comment