Tetapi ada gambar yang menunjukkan masih ramai Cina Pulau Pinang yang menyokong DS Najib...
Al-Kisah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN Negeri Pulau Pinang
Meriah dan menghiburkan itulah gambaran yang MMI boleh berikan kepada
ampa semua tentang Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Anjuran BN Negeri
Pulau Pinang yang diadakan hari ini di Sek Tinggi Han Chiang.
Jumlah kehadiran yang mencecah lebih dari 80,000 orang itu cukup bagi
membuktikan konsep 1 Malaysia yang di bawa oleh YAB Datuk Seri Najib Tun
Razak dapat di fahami dan di terima oleh rakyat Malaysia.Rata-rata
pengunjung jelas ceria dengan majlis yang diadakan apatah lagi kali ini
Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang menampilkan artis paling popular di
dunia siapa lagi kalau bukan Psy.
Untuk makluman semua , Majlis ini bukan saja dihadiri oleh pelbagai
lapisan masyarakat tetapi juga turut mendapat sokongan mereka-mereka
dari kalangan penyokong pembangkang.Sebab itu MMI katakan Majlis
Sambutan Tahun Baru ini berjaya merealisasikan konsep 1 Malaysia kerana
ianya berjaya menghimpunkan semua pihak.
Walaupun pada ketika ini terdapat juak pencacai pembangkang yang tengah
spin isu ni melalui penyebaran video di laman you tube tentang suara
rakyat tolak BN tapi MMI ada sana bro..dekat jer dengan puak-puak
ni..Pakai otak sikit dari 80,000 yang hadir puak-puak ni tak sampai pun
1% so tak menjadi hal pun.
Malahan MMI nak ucap terima kasihlah kepada penyokong pembangkang yang
turut sama memeriahkan majlis hari ini dan ampa semua sebenarnya sudah
membuktikan bahawa kerajaan sedia ada sememangnya kerajaan yang terbaik
dalam menguruskan hal ehwal rakyat.
Majlis yang dihadiri oleh YAB PM serta pimpinan Barisan Nasional dari pelbagai peringkat berakhir petang tadi.
Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis tersebut ,
KEHADIRAN
KEHADIRAN JUAK PEMBANGKANG menyemarakkan lagi konsep 1Malaysia
UCAPAN & KEHADIRAN PEMIMPIN
PSY
PENONTON
Tahniah MMI ucapkan kepada Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang kerana
berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dengan jayanya.
Kepada rakyat Pulau Pinang ingatlah 20,000 rumah mampu milik dan monorel menanti ampa semua buatlah pilihan yang terbaik.
Cuma tadi MMI di maklumkan NO dalam bahasa cara Korea bermakna YES ..Hahaha Tak taulah betul ke tidak ....
No comments:
Post a Comment