Fakta yang kaum lain perlu tahu dan sekurang-kurangnya hargai..bukan hargai pengorbanan orang Melayu tetapi hargailah apa yang anda kecapi di negara Tanah Melayu ini...????
Fakta yang benar wahai bangsa Melayuku,renungilah sejenak....
Melayu sudah menyerahkan banyak hak mereka kepada kaum lain di negara
ini semata-mata untuk mewujudkan perpaduan dan suasana yang harmoni.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Melayu suatu
ketika dahulu mempunyai 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk
negara ini tetapi sanggup berkorban dan menyerahkan sebahagian hak itu kepada kaum lain.
“Selepas itu, jumlahnya berkurangan kepada 60 peratus. Tiada penduduk
di mana-mana negara di dunia ini yang mahu berbuat demikian.
“Hanya orang Melayu yang sanggup melakukannya. Kita banyak menyerah dan berkorban hak untuk orang lain.
“Segala-galanya kita serah kepada orang asing. Kita sanggup tukar nama
Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Tiada lagi unsur Melayu yang
ada. Orang Melayu tidak marah tetapi merelakannya,” katanya ketika
menyampaikan ucaptama Program Transformasi Ekonomi dan Pelajaran
MelayuPulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di
sini, semalam.
Selain itu, orang Melayu memberi hak warganegara atau kerakyatan kepada
orang asing walaupun ia tidak berlaku di negara lain sejak dahulu lagi.
“Walaupun kita penduduk majoriti tetapi orang Melayu hanya menguasai 30 peratus ekonomi.
“Berbanding penduduk kaum lain berjumlah 40 peratus, mereka menguasai 70 peratus dari ekonomi negara ini.
“Orang Melayu masih menyerah dan merelakannya. Tetapi apabila peluang
30 peratus yang ada pun masih mahu diganggu orang lain, orang Melayu
mulai gusar dan menjadi marah,” katanya.
Sehubungan itu
katanya, penduduk kaum lain di negara ini perlu bersyukur dan berterima
kasih kepada Melayu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mewujudkan
keamanan di Malaysia.
Mahathir turut membidas sikap sesetengah
kaum di negara ini yang masih belum puas, sebaliknya mahu pula menguasai
politik tanah air, yang selama ini didominasi orang dan parti politik
Melayu.
“Tak cukup lagikah dengan penguasaan 70 peratus dalam
ekonomi selama ini. Apa matlamat mereka untuk menguasai politik pula,”
katanya.
Menurutnya, Melayu perlu sedar keadaan itu dan memberi
sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan
datang untuk memastikan nasib mereka terus terbela hingga generasi akan
datang.
p/s Bukan maksud Tun nak menidakkan kaum lain di
Malaysia tetapi fakta yang di ketengahkan adalah benar dan berasas.Semua
kaum berhak membangunkan kaum sendiri tetapi hendaklah dalam keadaan
yang aman dan tenteram.Takkan lah kaum yang diperlawa menindas kaum
mempelawa.Semangat bersatu padu yang telah dibina selama lebih dari
55tahun,hendaklah di jaga dan di hormati.
Negara ini untuk anak
cucu kita maka tanggungjawab kita untuk memberi kepada mereka kemudian
hari dalam keadaan aman dan tenteram.. jadi apakah yang boleh kita
lakukan untuk menjamin dan mengekalkan keamaan dan
ketenteram??...PILIHLAH KERAJAAN YANG TERBUKTI MEMBELA SEMUA BANGSA
SECARA ADIL IAITU MELALUI UNDI KEPADA BARISAN NASIONAL...!!!!!
~NRA~
No comments:
Post a Comment