Tuesday, November 8, 2011

390 RIBU MELAYU UMNO DAN 260 RIBU MELAYU PAS/PKR AKAN DIBERHENTIKAN OLEH KERAJAAN DAP!!!

Mengikut Bajet 2012 baru-baru ini, kakitangan awam adalah seramai 1.3 juta orang . Untuk negara kita yang mempunyai populasi 27 juta orang, jumlah kakitangan kerajaan sebegini telah mencakupi 4% daripadanya, atau bersamaan 10% daripada populasi pekerja (Malaysia mencatat populasi pekerja sejumlah 12 juta orang).

Dan jika mengikut kadar nisbah antara kakitangan kerajaan dengan populasi penduduk di negara-negara lain, iaitu setinggi 2% sahaja Sepatutnya MALAYSIA hanya perlu ada 650 ribu kakitangan awam sahaja!!!!! 

Sila rujuk kadar nisbah antara kakitangan kerajaan dengan populasi negara di bawah:
Malaysia
4.68%

Thailand
2.06%
Korea
1.86%
Filipina
1.81%
Indonesia
1.79%
Laos
1.24%
Kemboja
1.18%
(Sumber: Organisation for Economic Co-operation and Development-OECD) 


Jadi siapakah yang bertuah yang akan terjerat di dalam pukat 650 ribu orang kakitangan awam yang akan dibuang tersebut. Adakah Kerajaan DAP akan secara selektif akan membuang kakitangan awam yang mempunyai COP MOHOR UMNO di dahi mereka terlebih dahulu. Tetapi adakah seramai itu penyokong UMNO di dalam sektor awam. Kalau suatu ketika dahulu ya, sektor awam adalah kubu kuat kerajaan bagaimanapun sejak kejatuhan ANWAR IBRAHIM dari tampok pemerintahan BN, ada dakwaan bahawa kakitangan awamlah DURI DALAM DAGING kepada BN. Hal ini disebabkan oleh perancangan strategik ANWAR IBRAHIM menempatkan orang-orangnya dengan jawatan-jawatan strategik di segenap jabatan kerajaan! Jika benar, hari ini tidak mustahil 70% kakitangan awam adalah penyokong pembangkang!!!! Ini bermakna terdapat lebih kurang 890 ribu kakitangan awam yang menyokong pembangkang sebaliknya hanya 30% atau 390 ribu kakitangan awam yang menyokong kerajaan BN. Justeru itu jika benarlah Kerajaan DAP kelak akan membuang separuh atau 650 ribu orang kakitangan awam mengikut kadar nisbah kakitangan awam dengan populasi penduduk di negara lain seperti yang diuar-uarkan  oleh DAP, bermakna hanya 390 ribu orang MELAYU UMNO akan dipecat dan tidak ketinggalan akan turut sama dipecat bagi mencukupkan pemecatan 650 ribu kakitangan awam adalah seramai 260 ribu kakitangan awam yang menyokong Kerajaan DAP. 


Atau mungkin 260 ribu kakitangan awam yang menyokong DAP akan berkata, mereka mungkin akan diselamatkan oleh Anwar Ibrahim yang mungkin boleh memaksa DAP dengan mengubah dasar kepada hanya membuang 390 ribu kakitangan awam MELAYU yang menyokong kerajaan BN sahaja. Hal itu mungkin boleh terjadi tetapi bagaimana dengan janji-janji DAP kepada kaum Cina untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam kerana telah begitu lama DAP memomokkan kaum Cina dengan isu kakitangan awam yang terlalu banyak tetapi pemalas dan rasuah! 

Sebenarnya isu kakitangan awam Melayu yang terlalu ramai dan merugikan wang rakyat telah lama di mainkan oleh DAP dan ianya seperti taufan berlegar dalam masyarakat peniaga Cina dan buktinya baru-baru ini Timbalan Pengarang Sinchew Daily News, Lim Swee Guan telah menagih janji daripada DAP untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam yang dianggap merugikan negara dalam BAJET 2012 Pakatan Rakyat!

Idea membuang kakitangan awam pernah disuarakan oleh pengarang akhbar Cina yang pro DAP
Lim Swee Guan
Timbalan Editor
Sinchew Daily News
"Pada masa sama sudah tentu beban Pakatan Rakyat semakin berat, termasuk janji-janji manis mahu tingkatkan gaji minima sebanyak 1,100 ringgit, supaya 300 ribu kakitangan awam dapat manfaatnya. Pakatan Rakyat mengikiraf bahawa jentera kakitangan awam begitu ramai, dan Pakatan Rakyat tidak berniat untuk kurangkan bilangan itu.

Penggajian kakitangan awam, wang pencen dan wang saraan menduduki 35.6 peratus perbelanjaan kakitangan awaam, selepas kenaikan gaji pasti perbelanjaan itu akan meningkat tinggi."

http://jkkk-kotasarangsemut.blogspot.com/2011/10/kerajaan-pakatan-rakyat-akan-buang.html

Kakitangan awam Melayu yang belum sedar, harus sedar  kerana jika disandarkan kepada hasrat DAP melalui Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam, rupa-rupanya terdapat lebih kurang 650 ribu peluang pekerjaan yang sengaja dicipta oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi peluang pekerjaan kepada 650 ribu rakyat Malaysia. Dengan 650 ribu orang yang diberi pekerjaan semata-mata untuk diberi saraan dalam bentuk gaji bulanan, tidak cukup berkebajikankah Kerajaan Barisnan Nasional?

Kepada kakitangan awam yang majoritinya Melayu terutamanya yang menyokong pembangkang, sanggupkah melihat rakan sekerja yang mungkin juga saudara terdekat dipecat begitu sahaja hanya kerana Kerajaan pakatan Rakyat pimpinan DAP ingin mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Dimanakah konsep kerajaan berkebajikan yang dilaung-laungkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat selama ini. Kebajikan Kerajaan Barisan Nasional dengan menggajikan sehingga terlebih  650 ribu kakitangan awam sekurang-kurangnya dapat memastikan sejumlah wang terus turun kepada segolongan rakyat yang memerlukan tetapi dengan langkah penjimatan dengan memberhentikan 650 ribu kakitangan awam oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP, apakah jaminan perbelanjaan yang dapat dijimatkan akan terus keribaan rakyat!



Kesatuan sekerja bantah DAP

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Beberapa kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.
Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.
“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.
“Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.
“Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.
“Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.
“Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan,” jelasnya.
Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja‘apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.
Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.
“Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu,” katanya.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.
“Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran,” katanya.
Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.
“Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara,” katanya.
Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.
Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.

2 comments:

  1. Saya sokong cadangan DAP tu 101%. Ahli Parlimen DAP bolelah membawa usul tersebut didalam Parlimen samada PR memerintah atau tidah selepas PRU13 nanti. Sewajarnya bilangan kakitangan awam cuma berlegar dlm angka 2% hingga 3% sahaja berbanding jumlah penduduk Malaysia. So, ramailah juga kakitangan awam yg anti kerajan akan dibuang kerja. Mana yek dia orang nk kerja lepas nih. Dah biasa ngulor dan sibok caci kerajaan...keje lain mana diaorang reti. Sekali lagi saya sokong 101% cadangan DAP tuh..

    ReplyDelete
  2. Zulkifly W...kena ada perikemanusiaan jgak sikit..sbb tu UMNO tak jalankan dasar buang kakitangan awam yg sokong pembangkang...650 ribu yg akan kehilangan pekerjaan x 3 ahli keluarga..banyak tu yg akan menderita!!!

    ReplyDelete