Tuesday, November 15, 2011

PENCACAI DAP MESTI SAKIT HATI...

Istana Negara ”lama” ditutup, Istana Negara “baru” dibuka

15/11/2011 6:03pm

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Apabila pintu masuk utama ke Istana Negara di Jalan Istana di sini dikunci pagi tadi, ia menandakan tempat bersemayam semua Yang di-Pertuan Agong sejak kemerdekaan negara itu, mengakhiri fungsinya secara rasmi hari ini.
Majlis penuh istiadat itu bermula 9 pagi dengan perarakan masuk anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD.
Kumpulan penurun bendera terdiri daripada 10 anggota RAMD kemudian menurunkan bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong sambil diperdengarkan tiupan paluan akhir yang bertujuan memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta.
Istiadat diteruskan dengan perarakan kumpulan penurun bendera bersama pasukan istiadat berkuda ke pintu masuk utama istana bagi menyerahkan bendera berkenaan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil, mewakili pihak Istana Negara menandakan berakhirnya penugasan di Istana Negara.
Penyerahan bendera itu dilakukan oleh Pemangku Pegawai Memerintah Batalion Pertama RAMD Mejar Mohd Kadri Abu Bakar.
Sebagai simbol penutupan bangunan yang tersergam indah dan ditandai dua kubah emas itu, Tengku Farok Husin kemudiannya mengarahkan Bentara Istana Negara, Rosli Asri, mengunci pintu masuk utama istana menandakan segala tugas telah tamat di Istana Negara sebelum mengorak langkah ke Istana Negara Jalan Duta bagi istiadat menaikkan bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong. – Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

No comments:

Post a Comment