Tuesday, November 8, 2011

NIK AZIZ, L.K. SIANG, L.G.ENG N ANWAR IBRAHIM BILA LAGI NIH!!!!

Eloklah tu ...balasan kepada pengacau keamanan di Malaysia...semoga padam dengan cepat!!!Mau Padam kalu...mau pening Lim Guan Eng dengan Nik Aziz..nak rujuk sapa lagi untuk dapat idea buat kacau!!!



Lee Kuan Yew kata mentalnya tidak terjejas oleh penyakit saraf

SINGAPURA 7 Nov. – Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew berkata, penyakit saraf yang dihidapinya tidak sedikit pun menjejaskan keupayaan mental beliau.
“Saya yakin penyakit ini tidak menjejaskan fikiran, semangat atau keazaman saya.
“Orang yang berkerusi roda pun boleh memberikan sumbangan, apatah lagi saya yang masih boleh berjalan. Saya boleh memberikan sumbangan,” kata Kuan Yew, 88, menurut laporan Straits Times hari ini.
Katanya, penyakit itu mula dihidapinya dua tahun lepas ketika beliau berusia 86 tahun.
“Pada usia 86 tahun, ramai orang yang seusia dengan saya terpaksa berkerusi roda atau sudah meninggal dunia, kerana itu saya bersyukur kerana masih hidup pada usia 86 tahun, walaupun tidak secergas dahulu.
“Namun seperti yang anda lihat, kita belajar menyesuaikan diri dan saya kini melangkah dengan mengangkangkan kaki sedikit untuk mengimbangkan badan,” katanya pada satu acara komuniti, lewat semalam.
Penyakit saraf yang dihidapi Kuan Yew didedahkan semalam oleh anak perempuannya, Lee Wei Ling yang juga Pengarah Institut Neurosains Kebangsaan Singapura, dalam ruangan mingguannya di akhbar Sunday Times.
Menurut Wei Ling, bapanya menghidapi sensory peripheral neuropathy yang menjejaskan deria rasa dari kakinya ke saraf tunjang dan menyukarkan beliau berjalan.
Wei Ling berkata, bapanya bertekad untuk melawan penyakit itu dan berlatih berjalan dengan menggunakan peralatan treadmill di rumah tiga kali sehari. – AFP

No comments:

Post a Comment