Friday, November 4, 2011

KENAPA...TAK PERCAYA????

Ha..ha...ha...

"Dewan Pemuda Pas akan memberi penjelasan kepada umat Islam supaya tidak memberi sokongan kepada aktiviti yang bertentangan dengan agama."

Anwar Ibrahim tak sound KP PAS lagi ...ANWAR IBRAHIM batuk je....TERSEROT TELOQ masuk dalam.....terus keluar kenyataan....

"Ahli PEMUDA PAS boleh bantah SEKSUALITI MERDEKA TAPI atas sifat PERIBADI!!!!"


Pas adakan demonstrasi besar-besaran

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Dewan Pemuda Pas akan mengadakan perhimpunan aman secara besar-besaran di semua masjid negeri selepas solat Jumaat esok bagi membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang mempromosikan seks bebas.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, perhimpunan itu akan menyasarkan seramai mungkin umat Islam yang peka dan sensitif dalam isu penganjuran program itu kerana jelas ia bertentangan dengan syariat, adab susila dan fitrah manusia.
Pada perhimpunan itu katanya, Dewan Pemuda Pas akan memberi penjelasan kepada umat Islam supaya tidak memberi sokongan kepada aktiviti yang bertentangan dengan agama.
''Justeru, kita harap semua umat Islam termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya hadir dalam perhimpunan aman itu bagi menyatakan bantahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Nasrudin yang akan akan menyertai perhimpunan itu di Kuantan berkata, Dewan Pemuda Pas pada masa sama juga akan membuat laporan polis pada pukul 10 pagi di seluruh negara.
''Di Kuala Lumpur, perhimpunan besar-besaran akan dibuat di Masjid Kampung Baru manakala di Terengganu di Masjid Pengadang Baru selain masjid-masjid utama negeri seluruh negara,'' katanya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil meminta semua Pemuda negeri membatalkan perhimpunan bagi membantah program Seksualiti Merdeka esok.
Menurutnya, pembatalan itu ekoran pengumuman polis mengenai pengharaman semua aktiviti program tersebut.
"Dewan Pemuda Pas mengucapkan tahniah kepada polis kerana bertindak pantas kerana program itu dilihat berpotensi mencemar imej Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan malam ini.

No comments:

Post a Comment