Wednesday, November 9, 2011

ADA ORANG UCAP TAHNIAH KEPADA KAKITANGAN AWAM PULAK!!!

Pakatan Nak Buang Kakitangan Awam Bila Memerintah

Penulis nak ucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua kakitangan awam yang mana sekarang begitu giat sekali menyokong Pakatan haram pembangkang.  Ini lanjutan daripada pendedahan oleh sebuah akhbar cina yang memetik Ketua Publisiti DAP, Tony Phua sebagai berkata bahawa Pakatan haram pembangkang akan mengurangkan jumlah kakitangan awam sekarang yang berjumlah 1.3 juta kepada satu jumlah yang munasabah.
Untuk itu, telah diadakan satu perancangan yang dipanggil Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam yang mengguna pakai model sama yang digunakan oleh kerajaan komunis China.
DAP, komunis, China.  Nampak macam kena sangat-sangat.
Menurut Tony Phua, jumlah kakitangan awam di Malaysia terlalu tinggi jika dibandingkan dengan jumlah kakitangan awam di negara serantau yang lain seperti Thailand, Filipina dan Korea.  Penulis ingat dia nak sebut Singapura (maklum saja) tapi tak pula disebutkannya.
Mintak maaf, orang melayu mana yang sekolah melayu memang tak tahu sebab berita ini disiarkan sebuah akhbar cina Sin Chew Daily (m/s 8) semalam yang memetik kenyataan Tony Phua sewaktu menghadiri seminar yang diadakan Pemuda DAP Johor dan Harakah yang selalu jadi bahan rujuk melayu pro pembangkang tak akan petik cerita ni atas sebab akan menjatuhkan lagi rating Pakatan haram pembangkang yang sedang berada di paras tidak selamat ke paras sangat tidak selamat.
Penulis tidak mahu cakap banyak sebab mahu orang-orang kerajaan berfikir sendiri untung nasib mereka kalau memilih puak-puak ini menjadi pemerintah besok.  Di Malaysia, kita tidak mewajibkan orang kerajaan mengundi kerajaan macam mana yang pernah dilakukan parti Golkar bawah pimpinan Suharto di Indonesia dulu.
BN memberi kebebasan untuk kakitangan awam memilih mana yang jernih dan mana yang keruh, terpulanglah nak menilaikan mana parti yang mampu membela nasib mereka.  BN ada banyak pendekatan lain untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kakitangan awam selain daripada pilih jalan senang – buang.
Tony Chua turut dipetik sebagai berkata yang Pakatan Rakyat nanti tidak akan meneruskan tradisi mengambil pelajar-pelajar lepasan universiti seperti mana yang diamalkan kerajaan BN sekarang dan mana-mana kakitangan kerajaan yang berusia akan diberikan persaraan awal.
Jadi boleh kata tertutuplah peluang untuk pelajar-pelajar baru universiti untuk berkhidmat dalam kerajaan.  Terpaksa bersaing dengan pekerja berpengalaman terlatih (walau tidak ada ijazah) di dalam pasaran buruh yang lebih terbuka.  Dengan keadaan sekarang pun bersepah graduan lepasan Universiti yang tidak mempunyai pekerjaan, bayangkan jika kerajaan pun menutup pintu untuk mereka, kemana yang mereka ni nak pergi?
Dasar terbaru kerajaan BN yang menaikkan umur persaraan kepada 60 tahun juga akan dihapuskan oleh Pakatan Rakyat demi menjayakan projek khas mengurangkan kakitangan awam ini.  Dengan jangka hayat hidup rakyat Malaysia yang meningkat, apa agaknya nak dibuat pesara-pesara kerajaan ini nanti apabila diberi persaraan awal oleh kerajaan pimpinan Pakatan?  Boleh ke menampung hidup dengan duit pencen yang separuh dari gaji terakhir tu (itupun kalau tiada potongan lain).
Fikir-fikirkan lah.



Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)


Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan  Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja.  Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,
sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.


Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara  majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).


Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

4 comments:

  1. Kalau rasa nak berkiblat ke CHINA, jangan sekerat-sekerat. Di CHINA Pengedar VCD lucah pun kena hukum tembak, apatah lagi bapak-bapak ayam. Siapa tauke nya kalau di Bukit Bintang.. Lu jangan cakap lah,,aku pun duduk lama kat CHINA. .. lepas ni kata pendapat peribadi. orang ISLAM jangan tertipu. mereka sebenarnya nak buat survey....Kalau tak ada yang bangkang memang sungguh depa buat...tak kira lah samada pendapat peribadi ke hapa...bila niat dah ada apalagi lepas ni mereka laksanakan... Siap lah penyokong tegar kakitangan kerajaan Pakatan Setan...nasib hampalah...

    ReplyDelete
  2. Tony Pua ni patut dibiar bersara cepat dari politik disebabkan x ada daya saing selain dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan membayar elaun yg sia2 ke atas parasit2 mcm ni.

    ReplyDelete
  3. rasanya elok juga cadangan Tony Pua ni disokong kerana majoriti kakitangan awam yang menyokong parti pembangkang dilihat memang tiada produktiviti langsung...tak percaya cuba buat bancian secara senyap2 cara puak2 ini berkerja...contohnya sanggup balik kerja awal demi menjayakan perhimpunan atau perjumpaan parti yg mereka sokong...datang kerja lambat dan kerap ambil mc...

    ReplyDelete
  4. kakitangan awam eloklah pikir2kan sebelum memangkah PAKATAN RAKYAT PRU13 nanti!!!

    ReplyDelete