Wednesday, November 9, 2011

JANGAN BAGI MUKA KAT BEWAK NI...!!

RM1 juta: Dr. Jeyakumar fail permohonan kebenaran merayu

08/11/2011 3:38pm

PUTRAJAYA 8 Nov. - Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar hari ini mengambil tindakan undang-undang terakhir di Mahkamah Persekutuan dalam usaha mencabar keputusan kerajaan yang didakwa gagal memberikan peruntukan pembangunan RM1 juta untuk kawasannya.
Beliau memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bulan lalu yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkannya membuat semakan kehakiman, selepas menerima rayuan Peguam Negara.
Jeyakumar memfailkan permohonan kebenaran merayu di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman di sini melalui firma guaman Tetuan Sreenevasan yang diwakili oleh peguam Daniel Albert.
Dalam permohonan yang bakal mencetuskan keputusan yang menjadi nas undang-undang, beliau mengemukakan tujuh persoalan yang merupakan isu baharu yang belum pernah dihujahkan serta menyentuh kepentingan awam.
Pada 10 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan, perkara pokok yang dibangkitkan dalam permohonan tersebut iaitu melibatkan penilaian atau kelayakan mendapatkan peruntukan khas, merupakan pengurusan prerogatif dan tidak boleh disemak.
Dengan keputusan itu, pakar jantung berkenaan turut gagal dalam usahanya memperoleh perintah mandamus (bagi memaksa kerajaan) menyatakan semua projek dan aktiviti bagi permohonan mendapatkan dana daripada peruntukan khas di kawasan parlimennya untuk tahun lalu. - Utusan

No comments:

Post a Comment