Nga Kor Meng Labelkan Zambry Abdul Kadir Sebagai ANAK HARAM!
Video yang dipaparkan oleh Perak Today
tentang Nga Kor Meng yang menghina Menteri Besar Perak, telah tersebar
ke seluruh negara. Banyak blog yang telah memainkannya. Secara jelas dan
nyata, Setiausaha DAP Perak itu adalah seorang yang sangat biadap,
kurang ajar dan RASIS.
‘Hitam metalik’ – itu adalah ungkapan yang ditujukan kepada Zambry
Abdul Kadir, Menteri Besar Perak. Disusuli pula dengan ungkapan
‘HARAMJADAH’ atau dalam bahasa Melayunya, ‘ANAK HARAM’. HARAM JADAH
dimelayukan daripada ungkapan Hindi, HARAMZADEH yang bermaksud ANAK YANG
DILAHIRKAN LUAR NIKAH.Hanya kerana Zambry Abdul Kadir menjadi Menteri Besar setelah Pakatan tumbang di Perak, maka Nga Kor Meng melabelkan Zambry sebagai ANAK HARAM dan para pengikut PAS yang mendengar maki hamunnya itu tersenyum dan ketawa?
Mengapa begitu teruk taraf seorang Setiausaha DAP Perak yang sangat disayangi oleh ahli-ahli serta pemimpin-pemimpin PAS? Apakah kehilangan kuasa dan genggaman ke atas pentadbiran Perak menjadikan Nga Kor Meng tidak lagi boleh berfikiran waras dan dengan sembrono melabelkan seseorang sebagai ANAK LUAR NIKAH?
Bagaimana dengan Nga Kor Meng sendiri? Bukankah dia juga seorang ANAK HARAM kalau mengikut lidah orang-orang yang membencinya? Adakah Nga Kor Meng akan berdiam diri jikalau golongan yang tidak senang dengan tindak tanduknya, membuat ceramah dan menggelarkannya sebagai ANAK HARAM secara terang-terangan?
Satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan ialah bagaimana kebanyakan pemimpin Pakatan di Perak, jadi tidak keruan apabila tiga orang wakil mereka di DUN Perak telah melompat keluar parti masing-masing, menyebabkan mereka kehilangan kuasa secara automatik. Apa lagi yang mereka hendak putar belitkan berhubung kejadian tersebut?
Para pemimpin Pakatan boleh terus menuduh ketiga-tiga (lima orang termasuk ADUN Malim Nawar) sebagai katak atau pengkhianat tetapi hakikat yang mereka tidak boleh tolak ialah, mereka telah kehilangan jumlah kerusi yang membolehkan mereka terus menjadi kerajaan di Perak. Masakan hakikat itu tidak dapat diterima? Apa guna bercerita tentang ‘jalan belakang’, ‘foul game’, ‘dirasuah’ dan sebagainya kerana yang jelas dan nyata, Pakatan kehilangan majoriti untuk menjadi kerajaan?
Mungkin kerana sudah ketandusan idea itulah, maka Nga Kor Meng melabelkan Zambry Abdul Kadir sebagai ‘hitam metalik’ sekaligus cuba membangkitkan perasaan memandang rendah terhadap mereka yang berkulit gelap. Pada pandangan Nga Kor Meng, seseorang yang berkulit gelap itu adalah menjijikkan dan sangat hina. Berbanding dia yang berkulit putih kuning, dianggap sebagai bersih, mulia dan lebih tinggi martabatnya.
Tidakkah itu merupakan intipati Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan sebelum undang-undang berkenaan dimansuhkan pada awal 90-an dahulu?
Nga Kor Meng cuba membakar semangat kebencian para penyokong PAS dan Pakatan terhadap golongan keturunan mamak seperti Zambry. Kata mereka itu bukan Melayu. Tetapi sedar atau tidak sedar, kalau itulah pengertian yang dibuat untuk menerangkan tentang Melayu, maka Nga Kor Meng bukanlah seorang Cina sebaliknya dia hanyalah seorang Foochow. Tidak ada dalam sejarah negara China, bangsa Cina disebut, sebaliknya yang disebut adalah bangsa Han, Manchu, Foochow, Kantonis dan sebagainya.
Begitu jugalah dengan Melayu. Kalau pengertian tentang Melayu tertolak daripada tubuh badan Zambry Abdul Kadir semata-mata kerana dia ‘hitam metalik’, bagaimana pula dengan Melayu yang bermata sepet, berdarah Cina seperti Nizar Jamaluddin dan berdarah India seperti Anwar Ibrahim?
Anehnya, kaum PAS tidak pernah ambil tahu tentang hal itu. Mereka lebih gemar melihat warna kulit dan bentuk hidung serta mata untuk membuat klasifikasi tentang Melayu dan Islam, sepertimana mereka melihat jubah, serban dan janggut sebagai Islam serta ulama.
Namun, amat menyedihkan apabila seseorang seperti Nga Kor Meng melabelkan seseorang yang lain sebagai ANAK HARAM dan kemudian ditertawakan sebagai tanda bersetuju oleh para pengikut PAS yang dikhabarkan telah ditarbiyyah dan dididik dengan nilai-nilai agama yang sangat tinggi… hanya kerana Zambry Abdul Kadir ‘hitam metalik’ dan Menteri Besar Perak dari UMNO!
No comments:
Post a Comment