Thursday, November 10, 2011

LAGI...LAGI TUN M...

Tapi nak buat macam mana sebab dia hebat. Nak suruh Tun M bercerita tentang kesedapan menjadi GAY tentu dia tak tau...tapi bercakap BAB BANGSA dia habat!!!!



Dr Mahathir bincang pembinaan tamadun budaya Malaysia

09/11/2011 7:53pm

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan syarahan perdana yang membincangkan tentang pembinaan tamadun budaya masyarakat Malaysia ke arah pembentukan sebuah negara maju di Hotel Palace of Golden Horses di sini esok.
Program intelektual itu adalah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan Yayasan Kepimpinan Perdana.
Menurut kenyataan JKKN hari ini, syarahan perdana itu boleh diterjemahkan sebagai satu langkah positif bagi rakyat Malaysia, termasuk sektor swasta, untuk memberi sumbangan daripada segi maklumat, pembelajaran dan penyelidikan kepada rakyat dan negara.
Syarahan perdana itu juga memberi input dan anjakan intelektual bagi barisan anak muda negara yang bakal memimpin negara ke arah negara maju dan seterusnya berjaya mencapai Wawasan 2020 sebagaimana yang diinspirasikan Tun Mahathir.
Ketamadunan budaya bangsa amat penting apatah lagi melalui Gagasan 1Malaysia yang diaspirasikan kerajaan Malaysia kini bagi usaha mencapai maksud pembangunan rohani dan jasmani serta seterusnya pembangunan fizikal dalam menuju pembangunan mapan. – Bernama

No comments:

Post a Comment