Setiausaha DAP Perak mohon maaf kerana hina MB Perak
30/11/2011 3:59pm
KUALA LUMPUR 30 Nov. — Setelah dikecam hebat, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya ‘hitam metalik’.
"Kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya itu termasuk Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, saya ingin memohon maaf,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis, dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah di Perak pada 9 Nov. lepas.
Kenyataannya itu dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan yang menganggap ianya berbaur perkauman dan menghina mereka yang berkulit hitam.
Dalam permohonan maafnya itu, Kor Ming bagaimanapun berkata, kenyataannya mengenai ‘hitam metalik’ itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada pengambilanalih kerajaan negeri Perak oleh Zambry dan Barisan Nasional yang dianggapnya tidak sah.
"Secara peribadi, saya tidak membenci Dr Zambry. Saya anggap semua rakyat Malaysia sebagai saudara,” katanya. — Bernama
No comments:
Post a Comment