Friday, November 4, 2011

BETUL KE NI...

Betul ke puak-puak PAS ni....Anwar Ibrahim tak buka mulut lagi...sekali ANWAR IBRAHIM panggil...ANWAR IBRAHIM kasi ayat sikit..

....Tidak berlaku apa-apa...itu pendapat peribadi...KAMI semua AKUR dan BERPEGANG KEPADA SEMANGAT PERMUAFUCKATAN PAKATAN RAKYAT!!!!.

UMNO adalah DALANG kepada kes ini!!!



Pas bantah penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011

03/11/2011 6:45pm

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Dewan Muslimat Pas hari ini membantah sekeras-kerasnya Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan bagi mendapatkan hak kebebasan individu dalam isu pergaulan seksual di dalam negara.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, program yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini tidak patut diadakan.
"Walaupun kita mahukan kebebasan untuk berhimpun, perlu ada garis panduan yang tidak melampaui tabii di negara yang agama rasminya adalah agama Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya kehidupan Barat yang memperjuangkan hak kebebasan hubungan sama jenis.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu tindakan segera diambil oleh pihak bertanggungjawab dalam hal itu.
Program yang dianjurkan buat kali keempat itu berlangsung di Galeri Annexe, Pasar Seni bermula Selasa lepas sehingga 13 November ini dan dilaporkan akan dirasmikan oleh Penganjur Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan. – Bernama

No comments:

Post a Comment