Wednesday, December 12, 2012

NIK AZIZ TEWAS AKHIRNYA...

Imej zuhud seringkali penyokong PAS cuba kaitkan dengan Nik Aziz yang kononnya teramat zuhud. Saksikanlah kezuhudan Nik Aziz...



Ada Orang Yang Lebih "Zuhud" Daripada Nik Aziz???

Walaupun Nik Aziz selalu digambarkan sebagai seorang Tok Guru yang zuhud kerana mengajar agama di masjid2,  tinggal di rumah sendiri dan bukannya di kediaman rasmi Menteri Besar, makan di warong, menghirup sisa kuah di pinggan selepas makan, bersolat Duha di mana2 sahaja termasuk di pinggir hutan dll.

Tetapi beliau juga adalah manusia biasa dan tidak kufur nikmat...


Beliau berkeinginan menaiki Mercedes yang lebih selesa untuk menjalankan tugasnya sebagai MB, menunaikan Haji secara exklusif dan mewah yang juga pastinya lebih selesa dan kurang memenatkan, berkeinginan untuk mempunyai beberapa lot tanah untuk dirinya dan keluarga dll. Itu semua adalah biasa....


Tidak menjadi satu kesalahan untuk bermewah2 dan memiliki harta, asalkan sahaja kita tidak mengambil hak orang lain, tiada berlaku bentuk penindasan dan tidak berlebih2.

Maklumlah kita hidup selepas Merdeka...

Jika dibuat perbandingan dengan kehidupan para sahabat Rasullullah s.a.w. mungkin cara hidup kita pada hari ini lebih mirip kepada cara kehidupan Saidina Muawiyyah r.a. yang sentiasa bermewah-mewah dan jauh berbanding kehidupan para Khalifah Khurasyidin r.a. yang lebih mirip kepada kehidupan Rasullullah s.a.w. yang serba sederhana.
Jestru jika sifat zuhud hanya diukur daripada sudut hidup secara sederhana tanpa mengambil-kira tahap keimanan serta amal ibadat berbentuk keagamaan yang dilakukan maka kemungkinan Presiden Uruguay akan dikira lebih "Zuhud" berbanding Nik Aziz sendiri. Klik sini.
 

No comments:

Post a Comment