Koperal Jenain Bebas Tuduhan Sebabkan Kematian Aminulasyid
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini
Rabu membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan
kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, dua tahun
lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan
sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan
hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah
Sesyen di sini pada September tahun lalu.
Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas
hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan
kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk
membunuh remaja lelaki itu.
Abdul Rahman juga berkata, tiada kes prima
facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya
dipanggil membela diri.
Pada 13 September tahun lalu, Hakim Latifah
Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati
Jenain bersalah melakukan kesalahan itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di
Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara jam 1.10 pagi dan jam 2
pagi pada 26 April 2010.
Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a)
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun
dan denda jika sabit kesalahan. - BERNAMA
apo bondo la text ko kaler kuning ni..poning kplo eden nk baco
ReplyDeletetongah poning..kesian ado, geram ado, raso nak sakit jiwo pin ado...tu yg text kaler kuning tu..hehehe
Delete