Tuesday, December 25, 2012

MAT SALLEH TERPAKSA AKUI..CUMA CINA DAP TAKUT DIHINA...

DAP tak akan mengakui kehebatan pemimpin Melayu Islam seperti Mahathir kerana mengakui beerti menjatuhkan martabat bangsa Cina. Sebab itulah DAP suka berkawan dengan Melayu PAS dan PKR sebab pemikiran mereka yang lembab...




Kagum dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang ahli akademik berbangsa Jerman menjalankan penyelidikan mengenai usaha bekas perdana menteri itu dalam memartabat Islam ketika mentadbir Malaysia.

Dr Sven Alexander Schottmann, 35, penuntut Universiti La Trobe, Australia dalam kajiannya bertajuk ‘Islam, Properly Understood; Mahathir Mohamad on Religion, Politics and Malaysian Society’ turut menyifatkan Dr Mahathir sebagai pencetus pemodenan negara Islam.

"Saya amat berminat terhadap keupayaannya untuk menginstitusikan Islam di negara ini serta menyatukpadukan sebuah masyarakat pelbagai bangsa.Beliau satu daripada kes kajian yang paling memberikan inspirasi dalam abad ke-21 ini,” katanya kepada pemberita di ‘Konvensyen Pemikiran Tun Dr Mahathir’ di sini.

Schottman yang fasih bertutur Bahasa Malaysia itu turut menerima Anugerah Zamalah Pemikiran Tun Dr Mahathir pada konvensyen selama dua hari, bermula hari ini.

Beliau turut berkata pemahaman terhadap Islam yang dibawa Dr Mahathir membantu Malaysia mewujudkan kestabilan di bawah satu bumbung perpaduan nasional yang luar biasa.

"Ketokohan Dr Mahathir dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang disegani membawa kesan besar kepada persepsi dunia Barat terhadap Islam,” katanya.

Penyelidikan setebal 400 muka surat itu akan dibukukan dengan tajuk ‘Allah Help Those Who Help Themselves’ dan akan diterbitkan dalam masa terdekat ini. – Bernama

No comments:

Post a Comment