Sunday, December 9, 2012

JENAIN TAK SALAH, AMINULRASYID PUN TAK SALAH...

Yang bersalah dan sepatutnya dihukum ialah ibu bapa adik Aminulrasyid kerana mengabaikan Aminulrasyid, gagal mendidik Aminulrasyid menjadi seorang warga yang mematuhi undang-undang


Jangan Sampai Simpati Bertukar Jadi Menyampah

SHAH ALAM: Ahli keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati Korporal Jenain Subi dua tahun lalu, agar bersemuka dengan mereka untuk menceritakan insiden sebenar yang berlaku pada malam kejadian.

“Kami (ahli keluarga) mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu kami kerana kami ingin mendengar cerita sebenar dari mulutnya sendiri.


“Kami juga ingin tahu mengapa beliau tergamak bertindak begitu,” kata Aisyah Amzah kakak kepada Aminulrasyid.


Sementara itu ibunya, Norsiah Mohamad pula memohon agar kertas siasatan dapat dibuka semula demi membersihkan nama arwah anaknya.


Menyifatkan keputusan mahkamah yang baru-baru ini melepaskan Jenain daripada tuduhan tersebut sebagai mengejutkan, Norsiah nyata terkilan dengan keputusan itu yang seolah-olah meletakkan 100 peratus kesalahan terhadap anaknya.


“Saya minta siasatan dibuka semula (kerana) terlalu mudah bagi (mahkamah untuk membuat) keputusan mengejutkan. Seolah-olah anak saya 100 peratus bersalah. Kesalahannya hanya (memandu) tanpa lesen, tapi mati kena tembakan.


“21 das tembakan dikeluarkan..lima das di cermin belakang. Saya tidak boleh terima..terlalu kecewa sangat,” katanya.


Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa keputusan untuk membebaskan Jenain seolah-olah menggambarkan bahawa pihak berkuasa diberikan kebenaran untuk membunuh dengan sewenang-wenangnya.


“Saya rasa ramai yang telah melahirkan rasa terkejut dengan keputusan mahkamah yang melepaskan Koperal Jenain atas alasan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk membunuh Aminulrasyid dan hanya menjalankan tugasnya dan meletakkan kesalahan itu 100 peratus ke atas almarhum Aminulrasyid yang tidak mampu untuk membela diri.


“Logik yang seperti itu amat mengejutkan di mana seolah-olah kita memberikan lesen untuk membunuh kepada pihak polis dengan sewenang-wenangnya walaupun dalam kes yang kecil,” katanya.


Mahkamah Tinggi Shah Alam awal minggu ini membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, dua tahun lalu.


Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lepas.


Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Antara Pos

Kita sebenarnya simpati kepada mereka.Kita faham perasaan mereka. Dalam masa yang sama mereka juga harus faham perasaan orang lain.....
Tetapi cara dan gelagat mereka seolah-olah tragedi yang berlaku, kesalahan perlu diletakkan diatas bahu polis 100 peratus. Seolah-olah mereka sekeluarga langsung tidak bersalah. 
Lain kali jaga anak yang dibawah umur baik-baik......jangan biarkan anak keluar tengah malam sampai awal pagi. 
Lain kali ajar anak, kalau polis arah berhenti tolong berhenti. Jangan lari atau ingkar arahan polis.....
Tidak akan timbul soal 21 das atau 5 das jika patuh pada arahan polis supaya berhenti. 
Cuba anda bayangkan jika polis terpaksa mengejar hingga 6 km, apakah patut polis hanya perlu mengeluarkan cota untuk mengarahkan kereta itu berhenti ?  Tambahan pula dalam suasana yang gelap di awal pagi. Di kawasan yang banyak berlaku kejadian pecah rumah....
Sekarang mereka mula pusing cerita kononnya anak/adik mereka kerana kesalahan tiada lesen memandu. 
Cuba nak spin pula......
Nak spin pun spin lah......silap hari bulan terbelit leher sendiri......
Elok-elok masyarakat simpati kelak masyarakat jadi menyampah......
 

6 comments:

  1. dulu aku pon simpati pada keluarga arwah....tp skrg dah makin menyampah kerana mengheret ahli politik dlm kes ini!

    ReplyDelete
  2. Bila hati telah diracuni oleh hasutan puak pembangkang inilah jadinya, mereka ni ramai yang memang berbakat dalam memutarkan belitkan fakta2 kejadian, sehingga menimbulkan keraguan keraguan kepada ibubapa mangsa, sedangkan dalam perbicaraan dalam mahkamah semuanya fakta telah dilondehkan depan hakim. Terimalah keputusan itu sebagai ketentuan illahi. Pemimpin pembangkang ini bukan ikhlas dalam membantu ibubapa mangsa mereka cuma nak dapatkan keuntungan politik je, kalau tiada keuntungan politik mereka ni akan diam membisu sahaja. simpati orang ramai terhadap ibubapa itu akan hilang dan diganti dengan menyampah sekiranya mereka menggunakan orang politik terutama pembangkang dalam mencari keadilan kononnya.

    ReplyDelete
  3. mereka ingat nak dapat berjuta-juta dari kerjaan, itulah sebab jadi bingong

    ReplyDelete
  4. Mahkamah berat sebelah kerana membebaskan Jenain. Kalau begitu mahkamah juga berat sebelah kerana membebaskan Anwar dari tuduhan meliwat. Bagi pembangkang Mahkamah hanya adil jika pembangkang yang jadi hakim...

    ReplyDelete
  5. Sepatutnya keputusan mahkamah akan memberi kesedaran pada keluarga aruwah sepaya lebih bertanggungjawab kepada anak2 mereka.bukan nya menpertikai keputusan mahkamah.

    ReplyDelete
  6. sepatutnya Kop Jenain saman mak bapak/ waris budak tu. Disebabkan kegagalan mereka mendidik anak telah menyebabkan
    1. beban kerja anggota polis bertambah
    2. anggota polis di persalahkan kerana menembak remaja bawah umur
    3. Profesinalisme anggota PDRM dipertikaikan
    4. Memyusahkan kehidupan Kop Jenain yg telah menjalankan tanggungjawabnya secara profesional
    5. Menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap anngota polis dan keluarga Kop Jenain

    ReplyDelete