Saturday, December 22, 2012

DAP DEDAH TEMBELANG AKHIRNYA...!!!

Ugut dan bunuh adalah mainan biasa bagi DAP. Tak mustahil kematian Teoh Beng Hock turut melibatkan DAP...




Kor Ming Tidak Beretika, Ugut Hamidah Dedah Skandal Tanah Di Kelantan


Berang dengan tindakan Adun Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman mendedahkan skandal pemilikan tanah di Kelantan, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming bertindak di luar jangkaan dengan mengeluarkan ugutan terhadap exco kanan negeri itu, semalam.
Sehubungan itu, Hamidah berkata, satu laporan polis akan dibuat terhadap wakil rakyat DAP itu kerana telah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang dikhuariti boleh mengancam dan menjejaskan keselamatan diri dan keluarganya.
“Saya akan membuat satu laporan polis terhadap Kor Ming di Balai Polis Kampung Rapat, jam 9 pagi esok.
“Semasa berada di dewan makan, beliau (Kor Ming) telah datang ke meja makan dan mengungkapkan ugutan berbunyi “you reveal, watch out… I will go after you” kepada saya.
“Perbuatannya itu sangat tidak beretika dan selama ini telah banyak kali Kor Ming buat pendedahan namun kita tak pernah kacau tetapi apabila saya dedahkan isu ini, beliau bertindak mengugut saya,” katanya kepada pemberita di Ipoh, sebentar tadi.
Hamidah berkata, beliau mempunyai dua saksi yang boleh mengesahkan kejadian itu iaitu Adun Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan Adun Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim.
Pada Selasa, Hamidah dan Adun Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar mendedahkan skandal pemilikan tanah membabitkan dua pemimpin kanan DAP Perak iaitu Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming.
Kedua-dua mereka didakwa telah menerima tanah seluas lebih 10,000 ekar di Mukim Chiku, dekat Gua Musang sebagai perjanjian bersama untuk memberi laluan kepada Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Tanah itu diberikan oleh kerajaan Kelantan kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd di mana Koo Ham dan Kor Ming adalah antara pengarah syarikat berkenaan.
Sebelum itu, skandal berkenaan telah didedahkan oleh laman blog Pisau.net yang mendakwa nilai tanah yang diberi kepada syarikat itu mencecah RM30 juta.

sumber

1 comment:

  1. dengan perempuan pun diugut? padanlah kebanyakan pelacur yang diimpot ke Malaysia ini dari puak mereka.

    Baca "Bila lelaki berkain batik" di Tendang Terajang.

    ReplyDelete