Punca Bosnia Tidak Mampu Menyokong Palestin Di PBB
Kita menyangka Bosnia merupakan negara majoriti Islam namun haikatnya
tidak. Menurut sumber yang teman peroleh, punca Bosnia tidak mengundi
dan mengambil pendirian berkecuali dalam undian untuk mengiktiraf
Palestin sebagai negara pemerhati bukan ahli ialah seperti berikut :
1. Hanya 48% penduduk Bosnia adalah Muslim manakala 52% merupakan Kristian.
2. Terdapat 3 Presiden di Bosnia iaitu satu untuk Katolik, satu untuk umat Islam dan satu untuk Kristian Ortodoks Serbia.
4. Puak Serbia di Bosnia membenci umat Islam dan ini membuatkan mereka menentang dalam undian ini.
5. Oleh kerana itu, kesepakatan tidak dapat dibuat dan Bosnia terpaksa mengambil pendirian berkecuali.
Menyedihkan kerana setelah dibantu dan dipimpin oleh umat Islam keluar
dari kancah peperangan, hakikatnya, umat Islam di Bosnia tidak mendapat
kuasa politik sewajarnya, biarpun selepas kemerdekaannya diiktiraf.
Persoalannya, bayangkanlah negara ini dipimpin oleh tiga jenis puak,
sekular anti Islam, liberalis Islam politik dan fundamentalis Islam
politik. Berapa banyakkah dasar negara ini berkait Islam di mata dunia
yang bakal menjadikan Malaysia sebagai negara yang tidak lagi pro-Islam?
Berapa banyakkah keputusan sebulat suara berkait Islam yang tidak dapat
dicapai kata putus akibat penentangan oleh pihak lagi satu?
Orang 'sehebat' Azhar Idrus boleh menempelak menghina mencaci
membodoh-bodohkan orang Islam yang sama anutan dengannya tetapi, hilang
telurnya untuk menempelak ketidakislamikan teman tidur mereka yang lagi
dua itu.
Di situ, cukup jelas, Malaysia hanya akan menjadi Bosnia dan tidak Islamik lagi sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
Untuk apa membela PAS sedangkan hasil pembelaan yang kelihatan baik
untuk individu, tetapi besar kesan penjahanamannya ke atas ummah.
Jangan cerita soal Kelantan kecuali jika PAS berjaya memerintah Kelantan
yang hanya mempunyai 58% orang Islam, sama seperti fakta demografi
negara ini.
Dan adakah sepanjang 20 tahun memerintah Kelantan, ramai orang bukan
Islam di Kelantan memeluk Islam kerana terpesona dan kagum dengan
indahnya Islam yang diterap dalam pemerintahan ala PAS?
Jangan menuduh kerajaan pusat tidak memberikan contoh yang baik
kerana percayalah, hakikat fakta sebenar, jumlah Cina memeluk Islam di
bandaraya Ipoh sahaja dalam tempoh 10 tahun jauh melebihi jumlah Cina
yang memeluk Islam di seluruh Kelantan dalam tempoh 20 tahun.
Malah, mereka mampu untuk berinisiatif mengumpul dana mereka sendiri untuk membangunkan Masjid Cina yang memang besar gunanya buat komuniti Cina Muslim di Ipoh sedangkan Masjid Cina di Kelantan dibina sekadar simbol kemajmukan yang dibuat-buat.
Malah, mereka mampu untuk berinisiatif mengumpul dana mereka sendiri untuk membangunkan Masjid Cina yang memang besar gunanya buat komuniti Cina Muslim di Ipoh sedangkan Masjid Cina di Kelantan dibina sekadar simbol kemajmukan yang dibuat-buat.
sumber
worst blog ever..
ReplyDelete