Harakah Kantoi Berbohong!!! Anggota Hina @PDRMsia Hanya REKAYASA ! @HishammuddinH2O
Semalam Polis DiRaja Malaysia telah dihina oleh seorang anggotanya yang
tidak berpuas hati kerana ditukarkan ke Sarawak atas sebab menyokong
Pakatan Rakyat...
Penghinaan tersebut telah dipost oleh seorang wanita yang kononnya adalah anggota PDRM di akaun Facebook yang menggunakan nama Norhashimah Mohammad [SINI]
Petikan ayat yang dipostkan oleh Norhasimah Mohammad adalah seperti berikut :
jangan saudara saudara semua ingat kami makan gaji dengan PDRM,,dan kami takut untuk bersuara,,kami juga ada hak kami,,kami juga ada hak kami sebagai rakyat malaysia,,dan kami berhak memilih parti mana yang kami suka,,cukup lah kami semua sudah tak mahu dijadikan anjing barisan nasional,,
RAKYAT MALAYSIA SEMUA PERLU MENOLAK PARTI KOMPENEN BARISAN NASIONAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI
SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS SAYA MASIH LAGI BERKHIDMAT DENGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA,,DAN AKAN DITUKARKAN KE SARAWAK JANUARI NANTI,,
Seperti biasa, akhbar penjilat PAS, Harakah mengambil kesempatan ini
untuk menabur serbuk perencah dengan menyebarkan berita memang benar ada
anggota PDRM sudah jelak dengan Barisan Nasional.
Berita yang dikeluarkan Harakah seperti yang kita tahu banyak yang tidak
benar tetapi dibesar-besarkan seolah-olah ianya memang terjadi..
SUMBER - Klik Untuk Besarkan |
Selepas diselidiki, akaun yang menggunakan nama Norhashimah Mohammad adalah rekayasa..Selepas mengetahui tembelangnya sudah pecah..Admin Norhashimah Mohammad telah mematikan akaun tersebut dan membuat Fan Page Norhashimah Mohammad bagi meneruskan agenda meracun minda anggota Polis dan kakitangan Awam.
Persoalannya, siapakah individu yang gambarnya digunakan dalam Facebook Norhashimah Mohammad?
Gambar yang digunakan dalam FB Norhashimah Mohammad untuk menjalankan agenda merosakkan pemikiran anggota Polis sebenarnya telah dicuri dari akaun FB Zakiah Musa [SINI]...
Zakiah Musa bekerja di Rumah Kebajikan Seri Kenangan Kangar...
Ini bermakna, individu yang mengutuk PDRM dan BN sememangnya tidak wujud...
Pendedahan ini telah membuktikan pembohongan Harakah dalam menyampaikan
berita...Ternyata Harakah langsung tidak menyemak dan selidik maklumat
sebelum mengeluarkan artikel...
sumber
Apelah akhbar Harakah ini, dari peemberita sehingga ke editor tak habis habis nak sebarkan fitnah dan berita palsu. Tak ada kredibiliti langsung kerana tak substantiate maklumat dulu sebelum diberi kelulusan utk cetak dan edaran. Dosa fitnah adalah antara dosa besar dan bg Harakah matlamat menghalalkan cara, jadi soal dosa adalah perkara kedua sbb objektif utama harakah melalui didikan pemimpin PAS adalah menimbulkan perasaan benci, hasad dengki dan dendam kesumat kpd pembaca nya yg memang sudah tentu menghidapi penyakit mental block yg kronik.
ReplyDelete