Friday, December 14, 2012

55 TAHUN MEMERINTAH SELANGOR TAPI BN GAGAL...

55 tahun memerintah, BN gagal membangunkan Disko terbesar di penempatan bandar Melayu teramai di Selangor. Tetapi tak sampai 5 tahun...Pakatan Rakyat dengan sebuah Parti Islam PAS sebagai gabungannya berjaya merealisasikan impian DAP untuk mencemar bandar orang Melayu tersebut dengan pembukaan Disko terbesar...hebat...

Disko Terbesar Shah Alam Terbesar Di Malaysia

Bagaikan mengejar waktu, menghambat masa, bimbang takut PRU13 nanti Kerajaan Pakatan Haram bakal berkubur tanpa nesan. Ada pihak menyegerakan segala urusan untuk permudahkan tempat maksiat paling besar dan canggih di Malaysia. Shah Alam, "ibukota" Selangor malah antara nadi utama ekonomi kaum bumiputera selama ini.

Permit dan segala macam kemudahan termasuk permit untuk menjual segala jenis minuman dan makanan haram yang bakal disediakan untuk pengunjung tanpa batasan. Yakinlah papantanda amaran "DILARANG ORANG ISLAM MASUK" akan terpampang hanya sebagai syarat untuk mendapat lesen menjalankan perniagaan "maksiat"

Bertempat di lokasi di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam.

Kalau dulu, semasa BN memerintah Shah Alam, yang mana asas pembangunannya adalah bersih dari unsur maksiat, kini Pas 'membeli' saham akhiratnya bercagarkan PUSAT MAKSIAT terbesar di Malaysia malah di lapurkan tercanggih juga.

Kalau dulu, semasa BN memerintah, Shah Alam tiada panggung wayang, kini sudah ada dan ianya juga merupakan saham akhirat ahli Pas untuk mengetuk pintu syurga Allah swt.

Kalau dulu Pas dan rakan sekutunya pakatan haram gegarkan dunia bahawa mereka bakal runtuhkan Kilang Arak di PJ, kini hanya tinggal pekikan iblis yang masih bersarang dalam hati mereka. Menjual janji menabur kata-kata dengan harapan rakyat menyokong mereka.

Kini Shah Alam sudah menghampiri Kota Bangkok, segalanya ada di Shah Alam
 

No comments:

Post a Comment