Hamas Puji Malaysia, Model Negara Islam Sedunia
AIDCNews – 11/12/12 – Menteri Kesihatan Hamas, Dr Mufid El Mukhalalati dipetik Bernama berkata Malaysia sepatutnya dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia kerana keprihatinan negara ini dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas.Dr Mufid juga menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.
“Sebab itulah, kini ramai pelajar kami pergi ke Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dan sarjana,” katanya ketika menerima kunjungan hormat penasihat Yayasan Aman Global Perdana (PGPF) Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir di Hospital Al-Shifa’ di Gaza City pada Isnin.
Turut hadir pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.
Dr Mufid juga menyifatkan Malaysia sebagai “saudara seagama rakyat Palestin” dan menyanjung tinggi segala usaha kerajaan Malaysia untuk meringankan beban rakyat Palestin, terutama dengan membekalkan keperluan perubatan.
Sementara itu, Mukhriz, yang mengetuai misi kemanusiaan tujuh anggota itu berkata, beliau yakin bekalan perubatan yang dibawa beberapa misi kemanusiaan Malaysia boleh membantu mengatasi kekurangan bekalan ubat-ubatan di Gaza.
Kali ini, kata beliau, PGPF menyerahkan 25 tan metrik bekalan perubatan bernilai lebih RM1.5 juta kepada Kementerian Kesihatan Hamas dan lebih banyak bekalan akan tiba tidak lama lagi.
“Anda mempunyai saudara di seluruh dunia, termasuk di timur jauh seperti di Malaysia, yang sentiasa ingin membantu anda dengan sedapat mungkin dan ini merupakan suatu usaha berterusan,” katanya.
Turut hadir pengerusi PGPF Tan Sri Norian Mai, presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan 58 sukarelawan misi kemanusiaan KP1M.
Terdahulu, sukarelawan misi kemanusiaan KP1M mengunjungi hospital Al-Quds di Gaza dan menyampaikan sumbangan AS$10,000 (RM30,000) kepada hospital itu.
Sementara itu, Mynewhub melaporkan penyertaan artis Malaysia yang menyertai misi sukarelawan itu diperlekehkan oleh artis wanita PAS, Abby Abady.
Abby mendakwa kehadiran artis-artis seperti Afdlin Shauki, Zain Saidin, Bront Palarae, Heliza Helmi, Chef Wan dan ramai lagi sedang berada di Gaza bukan untuk membantu masyarakat Islam Palestin, sebaliknya untuk makan angin.
sumber
No comments:
Post a Comment