Wednesday, December 5, 2012

ANWAR KATA NAJIB NAK GUNA EC725 UNTUK BUNUH DIA...!!!

Hahahaha...kalau berdasarkan kes arsenik, suntikan HIV untuk bunuh Anwar oleh kerajaan BN, tak mustahil dalam ceramah-ceramah lepas ni Anwar akan kata Najib akan guna Eurocopter EC725 untuk bunuh dia dan serang penyokong PR ...Anwar akan kata lagi sebab tu Eurocopter EC725 tiba lebih awal sebelum pembubaran parlimen...pun penyokong PR akan percaya....yang lebih menarik lagi Eurocopter EC725 hanyalah helikopter pengangkut...hahahaha



urocopter ganti Nuri TUDM tiba


SALAH satu daripada dua helikopter model Eurocopter EC725 yang diserahkan kepada TUDM di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Subang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, semalam.
PETALING JAYA 3 Dis. - Inventori aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diperhebatkan lagi dengan ketibaan dua daripada 12 unit helikopter pengangkut jarak jauh, Eurocopter EC725 hari ini menggantikan Sikorsky S61A-4 Nuri yang telah digunakan sejak 1968.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemilikan helikopter enjin berkembar daripada keluarga Super Puma atau Cougar itu dapat memantapkan lagi tugas-tugas mencari dan menyelamat (SAR), logistik dan keupayaan tempur Angkatan Tentera Malaysia secara amnya.
"EC725 mempunyai keupayaan membawa muatan seberat 11,000 kilogram manakala dari segi pergerakan, kita dapati banyak kelebihan terutama dalam menjalankan tugas-tugas SAR kerana aset ini dilengkapi kamera dan radar canggih dengan kamera empat warna yang boleh meneliti sesuatu sasaran operasi.
"Helikopter berkelajuan 324 kilometer sejam ini juga boleh digunakan pada waktu malam dengan teknologi penglihatan pandang malam, di samping kekal relevan selaras perkembangan taktikal geostrategik pertahanan rantau ini sekurang-kurangnya dalam masa 30 tahun akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan helikopter itu di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, dekat sini yang turut dihadiri Timbalannya, Dr. Latiff Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Ismail Ahmad dan Duta Besar Perancis ke Malaysia, Martine Dorance.
Yang turut hadir Naib Presiden Eksekutif EADS Asia Pasifik, Pierre Jaffre; Naib Presiden Kanan Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan Eurocopter, Oliver Lambert; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Roslan Saad.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, dengan pemilikan EC725, terdapat dua kemungkinan akan dilakukan terhadap helikopter-helikopter Sikorsky S61A-4 Nuri sedia ada iaitu ditambah baik dengan meningkatkan keupayaan rotor, enjin dan kotak gearnya atau dijual kepada negara lain selepas dibaik pulih.
Katanya, TUDM akan menempatkan kesemua 12 unit EC725 di Skuadron 10, Pangkalan Udara TUDM Kuantan, Pahang dan menyasarkan akan melaksana operasi keupayaan awal terhadap helikopter-helikopter berkenaan selewat-lewatnya pertengahan 2014.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan belum mempunyai cadangan konkrit untuk menambah bilangan EC725 walaupun berpuas hati dengan tawaran harga oleh Eurocopter kepada negara ini.
"Penambahan helikopter-helikopter ini pada masa hadapan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," ujarnya.

2 comments:

  1. tak nak enjet ngan omega plus3 ke? telor busuk.. kih kih kih

    GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara di TENDANG TERAJANG

    ReplyDelete
  2. Mungkin dia perasan macam US Special Force guna Black Hawk buru Osama Laden kot,kui,kui,kui...

    ReplyDelete